Tuesday 6 January 2015

"Susukan saya. Saya lapar!"

Assalamualaikum semua!

"Susukan saya. Saya lapar!"... Itulah agaknya baby kita cakap kalau dia dah boleh bercakap bila lapar...hehe...tapi baby xpandai bercakap lagi, jadi menangis adalah cara baby kita bagitau yang dia lapar. Macam tu lah Naufal. Menangis manja, maksudnya NAK SUSU,IBU!



Bayi perlu disusukan mengikut permintaan-lazimnya pada setiap 1 1/2 ke 3 jam. Dia akan menangis bila lapar dan lama-kelamaan anda akan dapat mengenali tangisannya bila dia lapar.

Setiap bayi mempunyai keperluan kalori dan corak penyusuan yang berlainan. Jadi,anda tidak perlu khuatir untuk menyediakan jadual waktu penyusuan bayi. Bayi anda mungkin menyusu lebih kerap pada waktu tumbesaran meningkat dan kembali kepada corak biasa selepas beerapa hari. Apa yang penting ialah menyusukan bayi selama mana yang diinginkannya. Apabila dia kenyang, dia akan 'memberitahu' anda dengan menghentak genggamannya atau membengkokkan badannya.

PENYUSUAN PADA WAKTU MALAM
Bayi akan menyusu sekali atau dua kali pada waktu malam. Apabila menyusukan bayi pada waktu malam, ada baiknya anda tidak menghidupkan lampu. Tukar lampin bayi sebelum menyusukannya dan tidurkannya kembali selepas menyusu. Menjelang 4 bulan, bayi biasanya tidur lebih lama tanpa terjaga pada waktu malam.

Jadi para ibu, kita mestilah berazam tinggi untuk menyusukan anak kita. Jangan risau, pelbagai ganjaran Allah tawarkan kepada ibu yang melahirkan, menyusukan & berjaga malam untuk bayinya.




|Puan Suhaida|
|Shaklee Independent Distributor|
|SID : 972248|
|Whatsapp/Telegram/SMS : 013-9841712|



No comments:

Post a Comment