Friday 9 January 2015

Ketahui Bila Anda Boleh & Tidak Boleh Menyusukan Bayi

Assalamualaikum & Selamat Pagi Semua!

Sue selalu tgk ibu2 tanya 'boleh ke saya makan panadol sbb sy breastfeed baby?', 'boleh ke sy susukan nak sy klu sy demam, selesema?', 'klu sy mkn supplemen, sy msh boleh breastfeed anak ke?'...fuuhh, banyakkan dilema ibu2 demi anak kesayangan. Niat di hati xnak anak minum susu fm, nak susukan anak sehingga 2 tahun. Adakah demam, selesema & ubat-ubatan penyebab sy perlu berhenti sementara menyusukan anak? Meh Sue share sedikit ilmu supaya tiada lagi dilema...hehe...

TERUSKAN penyusuan susu ibu walaupun anda:
  • Mengalami demam selesema, selesema atau jangkitan bakteria. Apabila anda tidak sihat, tubuh anda menghasilkan antibodi yang akan dipindahkan kepada bayi menerusi susu. Jika anda berhenti menyusukannya, anda sebenarnya mengurangkan perlindungan bayi!
  • Sedang mengambil ubat-ubatan, suplemen pemakanan atau sediaan herba. Akan tetapi, semaklah dengan doktor terlebih dahulu.
Ubat-ubatan yang selamat untuk diambil dalam tempoh penyusuan



  1. Analgesik (seperti parasetamol, ibuprofen, aspirin & sebagainya)
  2. Kebanyakan antibiotik
  3. Antihistamin
  4. Antasid
  5. Ubat-ubatan asma
  6. Ubat-ubatan berasaskan steroid (seperti krim kulit)
  7. Supplemen pemakanan (seperti Shaklee...hehe...sempat lagi I promote)

BERHENTI menyusukan bayi buat sementara waktu jika anda:

  • Mengalami abses payudara atau penyakit yang serius.
  • Menjalani pembedahan yang besar atau mengalami jangkitan yang serius.
  • Mengalami tuberkolosis - tunggu sehingga doktor mengesahkan anda tidak lagi berjangkit.
  • Mempunyai lesi herpes yang aktif pada payudara

JANGAN menyusukan bayi jika ada:
  • Mempunyai hepatitis C
  • Positif HIV
  • Sedang mengambil ubat anti-barah
  • Sedang mengambil ubat-ubatan radioaktif (seperti iodin)

Iklan!!!
SET MENYUSU SHAKLEE OPTIMUM (RP: RM499.75) & SET MENYUSU ASAS (RP: RM288.75) yang selamat diambil oleh ibu menyusu
  • Vita Lea® Iron Formula
  • B Complex
  • Sustained Release Vita C™ Plus
  • OsteMatrix™
  • Alfalfa Complex (S)
  • ESP Soy Protein Isolate Powder






No comments:

Post a Comment