Thursday 8 January 2015

Susu Ibu Berubah Mengikut Keperluan Bayi

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera Semua!

Ini dia budak comel bambam yang fully bf. Gambar ni diambil masa Naufal 3 month +++. Alhamdulillah, berkat rezeki Allah.


Susu ibu mengandungi semua nutrien dalam jumlah yang tepat untuk memenuhi keperluan bayi. Anda tidak perlu memberinya makanan lain termasuklah air kosong. Perhatikan bayi anda membesar untuk tempoh 6 bulan pertama kehidupannya.

Komposisi nutrien susu ibu bertukar-tukar untuk memenuhi keperluan bayi yang membesar.

  • Cecair kuning: Kolostrum
Dalam beberapa hari pertama selepas bayi dilahirkan, payudara anda akan menghasilkan kolostrum, sejenis cecair pekat yang berwarna kuning. Kolostrum kaya dengan karbohidrat, protein & antibodi. Jumlah kolostrum yang dihasilkan mungkin sedikit tetapi ia sangat kaya dengan nutrien & faktor imun yang akan melindungi bayi daripada jangkitan penyakit.
  • Susu Matang
Susu matang akan dihasilkan 3 atau 4 hari selepas bersalin. Jumlahnya banyak & kelihatan agak cair.
  • Waktu Penyusuan
Komposisi susu ibu turut berubah sewaktu bayi menyusu. Kandungan lemak meningkat pada penghujung sesuatu masa penyusuan. Susu akhir ini membuat bayi rasa kenyang & berhenti menghisap. Ini adalah cara bayi belajar mengawal seleranya.




No comments:

Post a Comment