Saturday 10 January 2015

Pemakanan Lengkap Untuk Bayi Anda

Assalamualaikum & Selamat Pagi Semua!

Susu ibu mengandungi kesemua nutrien utama yang diperlukan oleh bayi anda untuk tumbesaran & untuk perkembangannya. Tambahan pula, ia mengandungi bahan-bahan (yang tidak terdapat dalam formula bayi) yang membantu bayi menghadam nutrien-nutrien dengan lebih baik.


  • Protein
Protein dalam susu ibu mudah dihadam & tidak menyebabkan intolerans atau alahan.
  • Lemak
Susu ibu mengandungi sejenis enzim dipanggil lipase yang membantu bayi menghadam lemak dengan lebih baik.
  • Karbohidrat
Laktosa, karbohidrat utama di dalam susu ibu, membantu penyerapan kalsium, membekalkan tenaga untuk tumbesaran otak & mencegah pembiakan bakteria berbahaya di dalam usus bayi.
  • Zat Besi
Mengurangkan risiko anemia 6 hingga 8 bulan pertama selepas kelahiran. Susu ibu mengandungi bahan istimewa yang membantu meningkatkan penyerapan zat besi.



No comments:

Post a Comment