Friday 16 January 2015

8 Makanan Rahsia Untuk Kekal Sihat & Awet Muda

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera Semua!

Siapa kat sini yang xnak kekal sihat & kekal muda/awet muda. Jgn igt makanan je perlu diawet tapi kita pun perlu di awet supaya kekal cantik & sihat. Kita bkn ingin mengubah ciptaan Allah tetapi menjaga & memelihara serta mensyukuri nikmat Allah Yang Maha Pencipta.



Di sini Sue nak share beberapa makanan rahsia untuk kelak sihat & awet muda.

8 Makanan Rahsia Untuk Kekal Sihat & Awet Muda ialah
  • Makanan Yang Dipanggang
Makanlah makanan yang dipanggang atau direbus. Semestinya makanan yang dipanggang atau direbus merupakan cara masak yang terbaik untuk badan sihat terutamanya ikan. Pengambilan ikan jenis mackerel, sardin, salmon & dori yang dipanggang atau direbus boleh membuatkan denyutan jantung yang lebih baik.

  • Minum Kopi
Menurut kajian daripada pakar pemakanan California, mendapati kafein melindungi fungsi otak. Manakala pakar daripada Perancis pula mengatakan wanita yang minum kopi 3 kali sehari dapat mengelakkan penurunan kognitif sebanyak 30%. Malah, mereka tidak mengalami masalah ingatan pada usia tua berbanding bukan peminat kopi.

  • Vitamin D
Ambillah Vitamin D, ia membantu penurunan tekanan darah, meningkatkan antibodi badan & melindungi daripada sebarang penyakit kanser juga jantung. Antara sumber Vitamin D ialah sinaran matahari pagi, minyak ikan, salmon, tuna & udang.

  • Minyak Zaitun
Pengambilan makanan segar ditambah dengan minyak zaitun akan membuatkan anda kelihatan lebih muda 2 tahun daripada usia sebenar. Jadi, tukar minyak masak & mentega roti kepada minyak zaitun!

  • Sayur-Sayuran
Makan lebih banyak sayur. Gantikan snek pada waktu lapang kepada salad segar atau buah-buahan. Belilah sayuran & buahan yang masih segar. Bersihkan terlebih dahuku sebelum disimpan di dalam peti sejuk. Ia bertujuan untuk mengelakkan kerosakan vitamin yang ada dalam bahan makanan tersebut.

  • Teh Hijau
Nikmati teh hijau. Pakar pemakanan China mengatakan, seseorang yang minum teh hijau akan kelihatan lebih muda 5 tahun daripada usia sebenar berbanding orang yang minum teh biasa. Tambahkan hirisan lemon bersama teh untuk memberi kekuatan pada badan melawan kanser.

  • Kawal Pengambilan Garam & Gula
Tanpa kita sedari, gula dan garam merupakan lemak jahat yang mampu menyumbat arteri sehingga meningkatkan tekanan darah. Jadi, anda perlu mengawal pengambilan gula dan garam setiap hari.

  • Elakkan Makanan Dalam Tin
Makanan diproses dalam tin mempunyai bahan kimia yang banyak bagi mengelakkan makanan itu cepat rosak. Memang ia menyenangkan kerja anda, tetapi ia membahayakan kesihatan anda juga.
Iklan!!!
SET KECANTIKAN KULIT
RP: RM386.50
Vita E Complex
B Complex
Sustained Release Vita C Plus
GLA Complex 



No comments:

Post a Comment