Monday 5 January 2015

Appointment Klinik: Naufal 4 bulan

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah baru balik dari klinik kesihatan Chini sebab harini Naufal cek 4 bulan. Cek 4 bulan ni just timbang je. Xkena cucuk.so, xdelah drama sebabak td...hehe

Nsb baik la just timbang je, xla lama menunggu. Lagipun abi nya nak cepat sbb ada meeting kat Keratong. Datang kul 10.35am, kul 10.50am dah panggil. Kebetulan bilik kami xramai org. Nurse pula peramah & tangkas...hehe

Sebenarnya Naufal 4 bulan pada 3/1/15. Tapi disebabkan 3/1/15 tu hari Sabtu, so temujanji ganjak ke hari Isnin (5/1/15). Naufal ni fully breastfeeding memandang saya pun xbekerja. Dapatlah direct feeding si comel bambam ni...hehe

Perkembangan Naufal 4 bulan:
Berat: 6.4kg (naik 1 kg)
Tinggi: 59cm (naik 1 cm je, tergelak nurse tu...haha)
Lilitan kepala: 40cm (naik 2 cm je)
BMI: 18.3 (nurse ckp hampir obes sbb panjang naik sikit tapi berat naik banyak)

Apapun perkembangan Naufal, saya bersyukur sbb Naufal membesar dengan jayanya. Alhamdulillah...Berkat rezeki susu badan yang Allah kurniakan.

Apa yang melucukan di klinik tadi ialah apabila Naufal xberhenti bercakap...fuuh! Bising betul mulut dia td...ooaa ooaa...nurse cakap,dia pun cakap.nurse suruh diam,lg la bercakap. Sampai menarik perhatian semua di klinik tadi bila tgk gelagat dia...hehe...dengan buat muka comel dia tu...

Tapi bila sampai rumah, terus 'tumbang'. Mungkin penat bercakap di klinik tadi...hehe...
Tu dia budak kepenatan berbual di klinik tadi...hehe...anak ibu anak ibu

Terima kasih Ya Allah atas perkembangan yang baik Naufal dan kesihatan yang baik buat Naufal. Akan ku cuba sebaik mungkin menjaga amanahMU ini Ya Allah.
Aamiin.

IBU & ABI SAYANG NAUFAL



Puan Suhaida
SID:972248
Whatsapp/Telegram/SMS: 013-9841712

No comments:

Post a Comment