Friday 23 January 2015

SET KURUS ASAS

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera Semua!


BAKAR
Lemak perlu dibakar terlebih dahulu di dalam badan. Lecitin dan Omega adalah berfungsi untuk membakar lemak. Perbezaan lecithin dengan Omega, lecithin shaklee adalah berasaskan soya manakala Omega berasaskan minyak ikan. Dari segi kadar pembakaran, omega lagi kuat untuk membakar lemak-lemak.
BUANG
Setelah lemak dibakar, lemak tersebut perlu diangkut daripada organ-organ tubuh badan dan dikumuhkan. Maka alfalfa dan Herbalax diperlukan untuk mengangkut badan toksin ini. Alfalfa adalah untuk angkut toksin dari seluruh badan manakala herbalax adalah berfungsi untuk detox di perut dan usus.




SET KECANTIKAN SHAKLEE V.1

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera Semua!

Harini Sue nak cerita ttg SET KECANTIKAN SHAKLEE version 1. Kenapa version 1? Sebab sebenarnya ada beberapa lagi set kombinasi untuk SET KECANTIKAN ini. Version 1 ni ada VITA E COMPLEX, SUSTAINED RELEASE VITA C & B COMPLEX.


Peranan Vitamin E dalam kecantikan kulit
  • Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
  • Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
  • Menjaga kelembapan kulit
  • Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel
Peranan Vitamin C dalam kecantikan kulit
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
  • Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
  • Mencerahkan kulit
Peranan Vitamin B Complex dalam kecantikan kulit
  • Sebagai pelembap
  • Mencegah pigmentasi
  • Melambatkan tanda penuaan
  • Mengubati jerawat
Kombinasi Vitamin E, B Complex dan Vitamin C menghasilkan
  • Mengurangkan kedutan dan pembentukan garis-garis halus
  • Mencegah penuaan
  • Menjadikan kulit lebih kenyal
  • Mencerahkan kulit
  • Menjaga kulit dari sinaran UV
  • Mengurangkan parut jerawat
  • Menjadikan wajah bersinar dan bermaya
  • Menjadikan kulit wajah lebih cerah dan kemerahan
  • Menjadikan wajah lebih berseri


Sunday 18 January 2015

Perkembangan Bayi 1 Bulan

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera Semua!

Pada 3/10/14 Naufal 1 bulan. Punyalah happy sebab dapat tengok Naufal membesar. So kenalah bawa dia ke klinik untuk cucuk. Masa 1 bulan, Naufal cucuk kat Jengka, Klinik Desa Jengka 7. 


Masa Naufal sebulan, terfikir2 juga apa perkembgan yang sepatutnya dah berlaku pada Naufal. Yelah, dah sebulan kan. Mestilah ada perkembangan. Dan Alhamdulillah perkembangan Naufal baik sahaja mengikut umurnya. 


Jom explore apa perkembangan bayi pada usia 1 bulan.



Bayi anda menegakkan kepalanya

Sekarang, otot leher bayi anda semakin kuat sehingga membolehkan dia menegakkan kepalanya untuk masa-masa yang singkat. Dia juga boleh mengangkatkan kepala untuk beberapa saat apabila meniarap dan mungkin boleh menoleh dari sisi ke sisi. Dia mungkin juga boleh menegakkan kepala semasa berada dalam kerusi bayi di dalam kereta atau semasa dibawa berjalan dengan alat pembawa bayi, pada bahagian hadapan maupun belakang.

Dia boleh melakukan semua ini terutama sekali jika mendapat banyak galakan dari anda dan anda ada menyediakan tempat baginya merehatkan lehernya yang direka khas untuk membantunya bagi tujuan ini.

Meneroka tangan dan kaki

Semasa kelahiran, bayi anda tidak memahami yang lengan dan kakinya adalah sebahagian daripada tubuh badannya. Sekarang perubahan akan berlaku apabila bayi mula meneroka badannya. Bahagian yang mula dijumpainya ialah tangan dan kakinya. Anda boleh menggalakkan sifat ingin tahu bayi anda dengan mengangkatkan tangannya tinggi atas kepalanya dan menanyakan dia ‘Besar manakah bayi ini?’ atau dengan mengulangkan puisi berima dan membilang-bilang jari kakinya.

Belajar menenangkan diri

Bayi amat gemar menghisap. Mereka perlu menghisap. Sebenarnya, anda akan mendapati bahawa puting berkesan untuk membantu bayi menenangkan dirinya sendiri. Sekiranya tak ada puting, bayi mungkin mendapatkan ibu jari atau jari-jari lain untuk dihisap.

Lihat siapa yang bercakap pelat sekarang

Bayi anda yang berumur satu bulan mungkin sudah boleh membuat bunyi berdeguk, bunyi-bunyi manja, berdengus dan berlagu untuk melahirkan perasaannya. Pastikan anda juga membuat bunyi-bunyian manja dan berdeguk bersama-sama, sambil bercakap berhadapan dengannya. Setengah bayi juga sudah mula ketawa berdekah-dekah seawal ini.

Walaupun anda sedang membuat kerja, dia tetap gembira mendengar suara anda dari seberang bilik. Dia akan merenong muka anda lebih lama sekarang.

Walaupun bayi anda sudah boleh mengecam muka anda dari usia beberapa hari lagi, pada penghujung bulan pertama ini dia mungkin akan dapat menunjukkan kebolehan ini. Sebanyak separuh daripada bayi pada usia ini mula menunjukkan kebolehan mengenali ibubapa mereka secara jelas: mereka menunjukkan reaksi yang berlainan kepada mak and ayah daripada orang yang tidak dikenali. Bayi anda akan berhenti menangis dan terus bertentang mata dengan anda; setengah bayi di usia ini sudah mula senyum apabila mereka melihat ibubapa mereka.

Bayi mendengar dan sukakan musik

Memandangkan bayi anda berjaga untuk masa yang lebih panjang di siang hari, anda boleh menggunakan masa-masa ini untuk merangsang perkembangan derianya. Cuba nyanyikan puisi beritma atau mainkan musik untuknya. Bunyi loceng angin atau detikan jam juga akan menghiburkan bayi. Lebih bervariasi hidangan anda, lebih kaya akan impaknya.

Dengan tidak disengajakan, anda akan memerhatikan anak anda menunjukkan keseronokan yang lebih terhadap satu seleksi berbanding yang lain sebaik sahaja dia memperoleh kemahiran untuk membezakan kegemarannya.

Mata boleh mengesan pergerakan objek sekarang

Apabila sudah pandai berfokus dengan kedua-dua belah mata, bayi anda sudah boleh mengikuti objek yang bergerak, iaitu satu perkara yang dia sudah melakukan untuk masa-masa yang singkat dari kelahiran lagi. Kelentong biasa yang digerakkan di depan mukanya akan selalu memegunkannya. Atau anda boleh bermain mata-ke-mata dengan menghampirinya dengan dekat dan mengerakkan kepala anda dari sisi ke sisi; selalunya pandangan matanya akan tetap tertumpu kepada mata anda.

Kedai penuh dengan mainan khusus untuk perkembangan bayi, namun begitu anda juga akan berjaya dengan hanya menggunakan objek harian yang terdapat di rumah. Lalukan keranjang berkilat atau senduk plastik yang berwarna terang dari sisi ke sisi di depannya. Kemudian lalukannya dari atas ke bawah. Ini harus menarik perhatian bayi anda, walaupun dia belum lagi boleh mengikuti pergerakan dari atas ke bawah dengan baik untuk tiga bulan lagi.

Adakah bayi saya berkembang secara normal?

Harus diingat bahawa setiap bayi adalah unik dan akan mencapai peringkat-peringkat pencapaian kognitifnya mengikut masa dan jadual mereka tersendiri. Ini semua hanya merupakan garis panduan am mengenai potensi yang boleh dicapai oleh bayi anda -- jika bukan sekarang, mungkin tidak lama lagi.

Dan sekiranya bayi anda dilahirkan pramatang, anda mungkin mendapati bahawa dia memerlukan masa yang lebih lama untuk melakukan sesuatu yang telah dapat dilakukan oleh bayi sama usia dengannya. Sebab itu, anda harus mengukur bayi anda berdasarkan usia yang telah diubahsuai, bukan usianya mengikut kronologi. Jangan bimbang. Kebanyakan doktor menilai perkembangan bayi pramatang berpandukan tarikh dia sepatutnya dilahirkan dan menilai tahap pencapaian kemahirannya dari tarikh itu.




Iklan!!!
SET BERPANTANG SHAKLEE
RP: RM418.75
ESP
Vita Lea Iron Formula
B Complex
SR Vita C Plus
Zinc Complex

Saturday 17 January 2015

Apakah Alfalfa Itu? Tumbuhan Yang Ada Dalam Al-Quran

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera Semua!


Pada kali ni Sue nak korang semua berkenalan dengan satu jenis tumbuhan ini. Tumbuhan ini digelat Bapa Segala Makanan. Cuba teka tumbuhan apa tu? Ni gambarnya...hehe...main teka teki dulu sebelum teruskan pembacaan...:-)
 
Apakah ini???hehe...
Inilah dia Alfalfa. Sekali pandang macam taugeh kan? hehe...

Alfalfa (Medicago Sativa) membawa maksud ‘Bapa Segala Makanan’. Gelaran ini diberi oleh kaum Arab di Persia sejak beberapa abad dahulu. Tumbuhan alfalfa mempunyai struktur akar yang unik di mana struktur akar yang panjang dan tumbuh mendalam mencapai 30 hingga 40 kaki ke bawah tanah. Oleh yang demikian, alfalfa berkeupayaan menyerap pelbagai garam galian , vitamin-vitamin dan lapan jenis asid amino perlu, satu-satu kelebihan yang tidak boleh ditanding oleh tumbuhan darat yang lain. Tumbuhan alfalfa amat kaya dengan metionin (salah satu jenis asid amino perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia), vitamin A, C, D, sedikit vitamin K dan enzim. Ia merupakan salah satu sumber semulajadi utama vitamin K. vitamin ini diperlukan oleh hati untuk menghasilkan protrombin, satu bahan penting untuk pembekuan darah. - apakah itu alfalfa

Istilah ‘klorofil’ berasal dari bahasa Greek yang bermakna ‘daun hijau’. Klorofil terkandung di dalam kloroplas iaitu organel seni berbentuk cakera berada di dalam sel-sel tumbuhan. Daun-daun dan batang-batang tumbuhan biasanya berwarna hijau kerana mengandungi klorofil. Klorofil merupakan salah satu agen rawatan semulajadi yang paling kuat dan diketahui oleh manusia. Kadang-kala ia digelar sebagai ‘darah hijau’ kerana komposisi molekulnya sama dengan sel darah merah manusia.


Telah disebut di dalam Al-Quran, surah An-Naba', ayat ke 16;
"wa jannaatin alfaafa"
(Serta kebun-kebun yang subur bertaut-taut pokoknya)

Di dalam dunia ini memang ada tanaman yg disebut Alfalfa (Medicago sativa).

Menurut sejarah, tanaman Alfalfa sudah ada sejak 6000 tahun sebelum Masihi, dan dokumen tertua yg menjelaskan tentang tanaman ini adalah dokumen di Turki yg telah ditulis lebih kurang 1300 tahun sebelum Masihi. Jadi, tanaman Alfalfa memang sudah ada pada saat Al-Quran diturunkan! - your vitamin Guru

Dari mana kita membuktikan bahwa alfalfa berasal dari dunia Islam? Yang termudah adalah dari sisi bahasa! Kerana peradaban Islam yang berkembang hampir 8 abad di Sepanyol, Maka banyak sekali kata atau nama-nama yang berasal dari Islam—termasuk diantaranya alfalfa ini!

Keith Millier seorang warga Amerika pakar Timur Tengah menulis dalam karyanya “Arabic Words in English” (millerworlds.blogspot.com/2010/07/arabic-words-in-english.html) bahwa alfalfa berasal dari al-fisfisa, yang berarti “fresh fodder” atau makanan segar.

Dalam bahasa Sepanyol mahupun bahasa Inggeris hingga kini tidak ada kata lain yang searti dengan alfalfa untuk nama tanaman bergizi (nutritious plants) yang dibawa dari dunia Islam 14 abad lalu itu. Maka dari nama ini tidak boleh disangkal lagi bahwa kekuatan produk pertanian terbesar ke-3 di Amerika tersebut –alfalfa– boleh dirujuk berasal dari peradaban Islam.

Ironinya di dunia Islam sendiri tanaman ini kini nyaris tidak pernah terdengar lagi kerana tidak menjadi perhatian untuk dihasilkan. (padahal sari alfalfa 500ml sekarang bisa mencapai 250 ribu Rupiah/RM69.73).

Prof. DR. Zagloul Al Najjar – Fellow of Islamic Academy Science di Mesir—yang menulis lebih dari 150 mukjizat Al-Quran dan Implikasinya pada ilmu pengetahuan, menjelaskan dengan detil rantai makanan yang diungkapkan Allah dalam serangkaian Ayat di surat ’Abasa mulai dari ayat 24 tersebut diatas sampai ayat 32.



“Maka hendaklah manusia itu memperhatikan makanannya, Sesungguhnya Kami benar-benar telah mencurahkan air (dari langit), kemudian Kami belah bumi dengan sebaik-baiknya, lalu Kami tumbuhkan biji-bijian di bumi itu, anggur dan sayur-sayuran, zaitun dan kurma, kebun-kebun (yang) lebat, dan buah-buahan serta rumput-rumputan, untuk kesenanganmu dan untuk binatang-binatang ternakmu.” (Q.S.’Abasa :24-32)

Ketika professor ini membahas ayat “wa ‘inaban wa qadhban” misalnya—yang dalam bahasa Indonesia diterjemahkan “dan anggur dan sayur-sayuran”-dalam bahasa Inggeris diterjemahkan “and grapes and nutritious plants” – ia menjelaskan bahawa yang dimaksudkan adalah dengan nutritious plants adalah tanaman alfalfa—yang memang sangat kaya dengan gizi.

Kalau kita melihat bahawa Al-quran masih sama, masih pula dihafal oleh banyak orang tetapi dulu kaum Muslimin boleh menjadi umat dengan fizik yang kuat serta memiliki pasukan jihad yang kuat, maka apa yang hilang sehingga sekarang keunggulan kita di bidang ini tiada?

Salah satu jawabannya, kerana kita sekarang tidak memiliki lagi negara yang mendorong kita menjadi umat yang unggul, tak ada lagi misi jihad untuk merahmati seluruh alam, tidak ada lagi yang membutuhkan teknologi logistik di belakangnya, sehingga juga tidak ada lagi anak-anak cerdas kaum Muslimin yang mencurahkan waktu dan pikiran untuk mempelajarinya. - agribisnis-indonesia

Sumber: Prof Dr Ing Fahmi Amhar (Media Umat Edisi 66, 25 Syawal—5 Dzulqaidah 1432 H/ 23 September—6 Oktober 2011 M)




Diet Untuk Wanita Sihat Yang Menyusui

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera Semua!

Apa yang anda dan bayi anda perlukan semasa menyusui?

Sesetengah kalori yang diperlukan untuk penghasilan susu badan dibekalkan oleh simpanan lemak badan semasa kehamilan. Walau bagaimanapun, kalori tambahan diperlukan melebihi had pengambilan pra-kehamilan anda untuk memberikan tenaga yang secukupnya untuk membekalkan keperluan bayi anda yang sedang membesar.

Apabila anda mula
mencerai susu dengan bayi anda, keperluan kalori anda akan kembali ke tahap pra-kehamilan secara perlahan.

Apa yang perlu saya makan semasa menyusui?

Anggap penyusuan badan sebagai motivasi berterusan untuk mengikuti diet yang sihat sepertimana yang anda ikuti semasa kehamilan. Fokus ke atas pengambilan bijiran penuh seperti nasi perang dan bijiran, buah-buahan & sayur-sayuran segar dan makanan yang memberikan banyak protin, kalsium dan zat besi (dan seperti biasa, makanan ringan sekali-sekala adalah okay).

Pilih snek yang berkhasiat seperti yogurt, kekacang dan kekeras, telur dan sandwic yang diperbuat daripada roti gandum penuh. Adalah baik jika anda menghadkan pengambilan makanan bergoreng dan juga makanan yang disediakan dengan minyak sapi dan santan kelapa.

Dalam sesetengah komuniti, mungkin terdapat pantang terhadap sesetengah jenis makanan untuk bulan pertama atau 44 hari selepas kelahiran. Walau bagaimanapun, pakar-pakar tetap mengatakan bahawa anda tidak perlu menghadkan diet anda kecuali bayi anda menunjukkan tanda-tanda sensitif selepas menyusu.

Minum banyak air untuk mengekalkan bekalan susu anda

Pastikan anda minum banyak air – lapan sehingga 12 gelas air sehari adalah mencukupi. Untuk kepelbagaian, anda boleh pilih jus buah-buahan atau sayur-sayuran, air kurma merah, susu soya tiada gula dan minuman dadeh. Ini akan membantu badan anda untuk menghasilkan susu yang diperlukan oleh bayi anda.

Berjaga-jaga dengan apa yang anda makan dan minum

Sila beringat bahawa bahan seperti kafein, alkohol dan toksin lain boleh meresap ke susu badan anda, jadi anda perlu mengelak dari memakannya secara berlebihan. Nikotin dari rokok dan ubat juga boleh masuk ke dalam susu badan anda dan perlu dielakkan (doktor anda boleh menasihatkan anda mengenai kesesuaian ubat-ubat tertentu bagi rawatan).

Anda boleh mengetahui jika anak anda sensitif kepada sesuatu yang anda makan atau minum kerana dia akan menunjukkan ketidakselesaannya dengan menjadi resah selepas menyusu,menangis tidak boleh ditenangkan atau tidak lena tidur. Jika bayi anda
alah kepada sesuatu yang anda makan, anda boleh lihat reaksi pada kulitnya (ruam atau gatal-gatal), dalam pernafasannya bunyi berdehit atau kesesakan), atau dalam najisnya (warna hijau atau bermukus). Hubungi pakar pediatrik anda untuk nasihat lanjut.

Sesetengah wanita tahu bahawa makanan berempah atau pedas akan memberi masalah kepada bayi mereka, jadi proses mencuba adalah panduan terbaik anda sebab makanan yang merangsang keadaan tidak selesa berbeza dari satu bayi ke bayi yang lain. Jika anda boleh makan ayam halia atau sayur kari pedas tanpa membawa masalah kepada bayi anda, makanlah. Sebagai satu peringatan kepada anda – beberapa punca kolik yang biasa ialah brokoli, kubis, bawang dan kubis Brussels.

Dapatkan zat besi yang banyak

Jika anda mengambil vitamin tambahan semasa anda hamil, anda tidak perlu mengambilnya lagi selepas kelahiran bayi anda. Walau bagaimanapun, anda mungkin memerlukan zat besi tambahan.

Ramai wanita telah menggurangkan simpanan zat besi mereka semasa tahun-tahun subur mereka. Tanyalah pakar obstetrik, doktor keluarga atau GP anda untuk mendapat nasihat.

Jika anda terus mengambil vitamin tambahan, ingatlah bahawa itu tidak boleh menggantikan habit pemakanan yang tidak baik. Berusahalah untuk mengambil diet yang seimbang dan pelbagai.

Bagaimana dengan diet semasa menyusui?

Kurangkan berat badan secara perlahan dengan menggabungkan diet sihat yang rendah lemak dengan senaman ringan. Penurunan berat badan yang cepat akan membahayakan bayi anda sebab mungkin ini membebaskan toksin - yang selalunya disimpan dalam lemak badan – ke dalam aliran darah, justeru meningkatkan jumlah pencemar yang akan masuk ke dalam susu badan anda.

Sebagai tambahan, penyusuan juga membantu membakar lemak yang terkumpul semasa kehamilan dan digunakan untuk menghasilkan susu. Seorang ibu yang menyusui membakar lebih banyak kalori daripada yang tidak menyusui. Ini bermakna wanita-wanita yang menyusui boleh turun berat setengah kilogram sebulan, hanya kerana penggunaan tenaga yang diperlukan untuk menghasilkan susu.

Adalah baik menunggu 10 bulan sehingga setahun untuk kembali kepada berat pra-kehamilan anda. Jika anda mahu mengurangkan sedikit pengambilan makanan anda, tunggu sehingga sekurang-kurangnya enam minggu selepas kelahiran bayi anda. Menghadkan pengambilan makanan anda pada minggu awal laktasi akan mengurangkan bekalan susu anda. 




Iklan!!!
SET MENYUSU OPTIMUM (RP: RM499.75)
Vita Lea Iron Formula
B Complex
SR Vita C Plus
OsteMatrix
Alfalfa Complex (S)
ESP



Friday 16 January 2015

Ramuan Semulajadi di dalam Vivix™

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera Semua!

Alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh Allah kepada Sue untuk terus berkongsi ilmu kesihatan. Sue pun xdelah expert sangat dalam ilmu kesihatan ni tapi lpas join Shaklee ni, rasa nak belajar lebih banyak ttg kesihatan ni. Bkn kerana bisnes semata2 tapi kesedaran dalam diri untuk jalani kehidupan lebih sihat membuak2. Lagi2 dah bergelar ibu ni. Kesihatan Sue penting untuk menjaga orang tersayang...;-)


So, kali ni Sue nak share ramuan yang terdapat di dalam Vivix sehingga membuatkan Vivix ni istimewa. Rasanya xde supplemen lain yang ada ramuan seperti Vivix ni.





4 Ramuan Utama Vivix™ ialah
  • Muscadine Grape
Anggur hebat ini adalah salah satunya anggur di alam semulajadi yang mempunyai lebih satu kromosom, yang mana ahli saintis percaya mengukuhkan profil polyphenolnya & berpotensi untuk memanfaatkan kesihatan. Ia juga mengandungi asid ellagik dalam kepekatan yang tinggi, satu phyto-nutrien yang tidak dijumpai di dalam anggur jenis lain & telah menunjukkan mempunyai ciri2 menghentikan kimia penyebab kanser, anti-virus & anti-bakteria.

Selepas dilakukan kaji selidik tambahan, jenis anggur hebat yang paling mustajab ini dikenalpasti. Seterusnya kumpulan ini, bersama dengan ahli sains dari University Georgia, membangunkan satu proses ekstraksi sejuk & lembut untuk menjamin satu ekstrak yang bermutu tinggi dengan aktiviti biologi tertinggi seperti yang ditunjukkan dalam beberapa siri ujian makmal untuk anti-penuaan. Untuk mencipta profil polyphenol yang kuat di dalam Vivix, ahli sains menggabungkan resveratrol yang lampau tulen dengan ekstrak dari anggur hebat ini, Elderberry Eropah & Karet Ungu. Campuran inilah yang bertanggungjawab dalam banyak tindakan unik anti-penuaan sellular Vivix.


  • Purple Carrot
Ianya adalah sumber terbaik vitamin A & mengandungi phytokimia termasuk carotenoids, phenolics, polyacetylene, isocoumarins & sesquiterpenes. Ia juga mengandungi anthocyanins, antioksidan yang mustajab. Anthocyanins adalah bertanggungjawab pada warna merah menyala, biru & ungu pada buah & sayuran. Berry mengandungi banyak anthocyanins, terutaman sekali blueberry yang mengandungi aktiviti antioksidan yang teramat tinggi.

Anthocyanins adalah antioksidan utama di dalam karet yg berwarna ungu-kuning dan ungu-oren, dan karet ungu - kuning mengandungi kapasiti antioksidan tertinggi diikuti oleh karet ungu-oren. Asid klorogenik adalah antioksidan paling banyak di dalam semua jenis karet. Asid klorogenik ini dipercayai dapat mengurangkan diabetis yg dikaitkan dengan pengambilan kopi. Sejak kebelakangan ini, kajian telah menungukkan anthocyanins mempamerkan banyak aktiviti biologi, termasuk antioksidan, anti radang, anti mikrobial dan anti carcinogen. tambahan lagi, ia mempamerkan kesan pada saluran darah, platelet dan lipoprotein yg boleh mengurangkan risiko koronari jantung.

  • Elderberry (Sambucus Nigra)
Satu dari manfaat elderberry adalah keberkesanannya dalam mengubati simptom flue, terutama skal influenza B. Berry mengandungi flavonoids, yg mempunyai ciri2 antioksidan yg kuat, yg dapat mengukuhkan sistem immun bg melawan jangkitan virus dan bakteria. Pada masa yg sama, elderBerry adalah sangat kaya dengan sebatian yg dikenali sbg anthocyanin, yg berfungi sbg anti-radang. ia juga dapat mengurangkan simptom spt sakit otot, sendi atau demam yg berkaitan dengan selsema dan influenza.

Elderberry bukan hanya kaya dengan antioksidanm tetapi kaya dengan vitamin A, B dan X dan nutrien lain spt asid amino, caotenoid, tannim dan rutin. ia adalah manfaat kesihatan yg boleh diperolehi daripada ElderBerry.Ia juga dapat merendahkan tahap kolestrol dan juga menghalang oksidasi kolestrol LDL yg dianggap sbg penyebab penyakit kardiovaskular.
Kesimpulannya, Elderberry mampu memberi perlindungan bukan sahaja terhadap penyakit kardiovaskular, bahkan jantung dan sekaligus strok dan serangan sakit jantung. Ia juga bermanfaat bg mengurangi gejala stress dan memperbaiki penglihatan dan penghadaman.

  • Polygonum Cuspadatum
Ia dikenali sbg Knotweed Jepun. ia merupakan tumbuhan perenial yg besar berasal dari Asia, juga banyak ditemui di Amerika Utara dan Eropah. Knotwee Jepun adalah sumber kmersial Resveratrol yg terdapat pada ekstract kulit anggur merah dan juga biji anggur merah.
Polygonum cuspidatum mempunyai banyak manfaat kesihatan yg digunakan untuk merumuskan supplement anti penuaan seperti resveratrol dan banyak jenis dalam perubatan tradisional cina. Ahli sains banyak melakukan kajian makmal untuk menentukan manfaat kesihatan resveratol. hasil dari ujikaji tersebut ia terbukti dapat membantu melambatkan proses penuaan, merendahkan kolestrol, merendahkan tekanan darah, meninggikan prestasi altet, dan mengurangkan berat badan.

Supplement resveratrol adalah jawapan untuk memanjangkan usia kita dari segi kesihatan.



Iklan!!!
Kulit Sangat Cantik
VIVIX + COLLAGEN POWDER  



8 Makanan Rahsia Untuk Kekal Sihat & Awet Muda

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera Semua!

Siapa kat sini yang xnak kekal sihat & kekal muda/awet muda. Jgn igt makanan je perlu diawet tapi kita pun perlu di awet supaya kekal cantik & sihat. Kita bkn ingin mengubah ciptaan Allah tetapi menjaga & memelihara serta mensyukuri nikmat Allah Yang Maha Pencipta.



Di sini Sue nak share beberapa makanan rahsia untuk kelak sihat & awet muda.

8 Makanan Rahsia Untuk Kekal Sihat & Awet Muda ialah
  • Makanan Yang Dipanggang
Makanlah makanan yang dipanggang atau direbus. Semestinya makanan yang dipanggang atau direbus merupakan cara masak yang terbaik untuk badan sihat terutamanya ikan. Pengambilan ikan jenis mackerel, sardin, salmon & dori yang dipanggang atau direbus boleh membuatkan denyutan jantung yang lebih baik.

  • Minum Kopi
Menurut kajian daripada pakar pemakanan California, mendapati kafein melindungi fungsi otak. Manakala pakar daripada Perancis pula mengatakan wanita yang minum kopi 3 kali sehari dapat mengelakkan penurunan kognitif sebanyak 30%. Malah, mereka tidak mengalami masalah ingatan pada usia tua berbanding bukan peminat kopi.

  • Vitamin D
Ambillah Vitamin D, ia membantu penurunan tekanan darah, meningkatkan antibodi badan & melindungi daripada sebarang penyakit kanser juga jantung. Antara sumber Vitamin D ialah sinaran matahari pagi, minyak ikan, salmon, tuna & udang.

  • Minyak Zaitun
Pengambilan makanan segar ditambah dengan minyak zaitun akan membuatkan anda kelihatan lebih muda 2 tahun daripada usia sebenar. Jadi, tukar minyak masak & mentega roti kepada minyak zaitun!

  • Sayur-Sayuran
Makan lebih banyak sayur. Gantikan snek pada waktu lapang kepada salad segar atau buah-buahan. Belilah sayuran & buahan yang masih segar. Bersihkan terlebih dahuku sebelum disimpan di dalam peti sejuk. Ia bertujuan untuk mengelakkan kerosakan vitamin yang ada dalam bahan makanan tersebut.

  • Teh Hijau
Nikmati teh hijau. Pakar pemakanan China mengatakan, seseorang yang minum teh hijau akan kelihatan lebih muda 5 tahun daripada usia sebenar berbanding orang yang minum teh biasa. Tambahkan hirisan lemon bersama teh untuk memberi kekuatan pada badan melawan kanser.

  • Kawal Pengambilan Garam & Gula
Tanpa kita sedari, gula dan garam merupakan lemak jahat yang mampu menyumbat arteri sehingga meningkatkan tekanan darah. Jadi, anda perlu mengawal pengambilan gula dan garam setiap hari.

  • Elakkan Makanan Dalam Tin
Makanan diproses dalam tin mempunyai bahan kimia yang banyak bagi mengelakkan makanan itu cepat rosak. Memang ia menyenangkan kerja anda, tetapi ia membahayakan kesihatan anda juga.
Iklan!!!
SET KECANTIKAN KULIT
RP: RM386.50
Vita E Complex
B Complex
Sustained Release Vita C Plus
GLA Complex 



Tuesday 13 January 2015

Petua Panjang Usia

Assalamualaikum & Selamat Pagi Semua!

Kali ni Sue nak cerita macam mana nak dapat umur yang panjang. Insyallah, jika diizinkan Allah. Sebab hidup mati di tangan Dia. Tapi xsalah kita berusaha untuk kekalkan gaya hidup sihat supaya panjang umur. Bila umur panjang, bonus untuk lebih beribadah kepada Allah. Insyallah.


Usia yang panjang boleh didoa & diusahakan. Cuba fikirkan apakah penyebab kematian? Memanglah jawapannya takdir & ketentuan Allah, tetapi dalam masa yang sama manusia boleg berdoa untuk meminta dipanjangkan usia. Kalau diperhatikan penyebab utama kematian adalah kemalangan, pembunuhan (termasuk bunuh diri), penyakit kronik (termasuk jantung) & usia tua. Ini bermakna mati itu pada kebiasaannya bersebab. Oleh itu, jika kita meminta panjang umur tetapi dalam masa sama tidak mengamalkan gaya hidup sihat & sengaja mendedahkan diri pada aktiviti berisiko seperti memandu laju & cuai, maka kemungkinan doa kita untuk panjang umur tidak dimakbulkan oleh Allah kerana setiap doa itu perlu diiringi dengan usaha.

4 perkara yang utama & perlu diberikan perhatian jika mahu hidup lebih lama & bahagia.
  • Fikir Sebelum Makan
Ada orang kata makanan sayang mahu dibuang sebab itu adalah rezeki. Betul, tetapi mereka lupa kesihatan tubuh badan juga adalah rezeki. Kalau sudah tahu tidak mahu membazir, usah ambil makanan terlalu banyak. Kalau diberikan orang kepada kita, agih-agihkanlah pula kepada orang lain agar tidak membazir. Fikirkan juga samada apa yang dimakan itu berkhasiat atau tidak. Budaya terlalu banyak makan makanan yang berlemak, berminyak, bersantan & bergula hanya memudaratkan kesihatan sendiri.
  • Lakukan Senaman Secara Rutin
Seharian bekerja memang meletihkan. Namun penat bekerja yang tidak mengeluarkan peluh tidak sama dengan penat bersenam yang mengeluarkan peluh. Senaman yang dilakukan secara rutin memastikan badan dalam keadaan baik sehingga ke usia tua. Kalau sudah tidak larat untuk bersukan, cukuplah dengan berlari2 anak. Kalau berlari2 anak pun sudah tidak mampu maka usahakanlah berjalan laju beberapa kilometer sekurang2 nya 2 kali seminggu. Sedikit senaman yang dilakukan secara konsisten boleh mencegah tubuh badan daripada pelbagai masalah penyakit kesan daripada lebihan kalori & kolesterol.

Senaman yang berterusan juga menguatkan otot2 sendi & ini penting dalam proses pembakaran lemak. Mereka yang mengalami masalah berat badan biasanya malas bersenam. Sebaliknya mereka menjadi kuat makan & tidur. Gejala ini memburukkan lagi keadaan hingga membawa kepada pelbagai masalah penyakit serta keyakinan diri yang rendah.
  • Sentiasa Positif
Ada ketikanya berfikiran positif itu tidak menyelesaikan masalah yang ada tetapi tanggapan ini mengubah cara kita melihat masalah itu & ini secara tidak langsung mengurangkan tekanan emosi pada diri. Malah berfikiran positif juga ada ketikanya membolehkan kita memecah kebuntuan terhadap sesuatu masalah yang selama ini terasa begitu rumit. Apa yang menariknya, berfikiran positif mampu mendorong orang yang positif kepada kita untuk membantu menyelesaikan masalah. Mereka yang positif percaya setiap yang berlaku ada sebab2 nya & mereka belajar sesuatu daripadanya. Dari segi hubungan sosial, mereka yang positif sentiasa bersangka baik, berusaha memperbaiki hubungan, berlapang dada & suka memaafkan orang lain.
  • Menyerahkan Diri Sepenuhnya Kepada Allah
Mereka yang mencari bahagia, menyerahkan sepenuh jiwa raganya kepada Allah. Hidupnya untuk beribadah kepada Allah. Apa juga yang dilakukan diniatkan kerana Allah. Mereka ini menjaga ibadah wajib & menambah ibadah sunat. Mereka sentiasa mencari ruang untuk membuat kebajikan, pemurah, suka menolong orang & hatinya sentiasa mengingati Allah dalam apa jua keadaan & perbuatan. Mereka percaya tidak ada satu pun musibah yang boleh berlaku melainkan dengan izin Allah. Tahap keyakinan & tawakalnya terhadap qada' & qadar Allah cukup tinggi.



Iklan!!!
SET KESIHATAN OPTIMUM
(RP: RM235.00)
Vita Lea Iron Formula
Sustained Release Vita C Plus
B Complex


Siapa Yang Memerlukan & Dilarang Mengambil Vivix

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera Semua!

Mesti korang semua tertanya2 siapa yang SESUAI ambil Vivix ni? Actually semua orang boleh ambil Vivix ni. Tapi ada juga golongan yang DILARANG mengambil Vivix ini. Pada entry kali ni, Sue specific kan sikit siapa yang memerlukan & dilarang ambil Vivix Shaklee ini.


Siapa Yang Memerlukan Vivix Shaklee ini?
  • Pesakit SLE
  • Wanita/lelaki yang berisiko mendapat kanser akibat keturunan atau sudah menghidap kanser.
  • Darah Tinggi
  • Strok
  • Diabetes
  • Cyst
  • Anti Penuaan
  • Bantu baik pulih ketagihan rokok
  • Pesakit jantung
  • Membantu mengurangkan penyakit nyanyuk
  • Mempunyai masalah mata
  • Lelaki/wanita yang mahu mengurangkan risiko mendapat penyakit
  • Sakit lutut
  • Asthma
  • Allergy
Siapa Yang Dilarang Mengambil Vivix?
  • Ibu yang menyusukan
  • Ibu yang sedang hamil


Promo Januari 2015 (Vivix)
Buy 6 Free 1
Buy 2 Get 5% Off Discount



Puan Suhaida Salim
SID : 972248
Contact Info : 013-9841712
Fb : Suhaida Salim
Fb Page : Suhaida Supplement Shop

Monday 12 January 2015

Susu Ibu Melindungi Bayi Anda Daripada Penyakit

Assalamualaikum & Selamat Pagi Semua!

Harini Sue nak share apakah bahan yang dapat melindungi bayi daripada penyakit daripada penyusuan susu ibu. Memang xdapat disangkal la susu ibu itu adalah yang terbaik. 


Kajian menunjukkan bayi yang disusukan secara eksklusif selama 6 bulan kurang dijangkiti penyakit dalam tempoh 12 bulan pertama usianya. Susu ibu mengandungi nutrien & bahan2 yang melindungi bayi daripada penyakit berjangkit khususnya cirit-birit, selesema, bronkoliotis & jangkita telinga tengah. Berikut adalah beberapa bahan yang melawan penyakit:


  • Faktor Bifidus
Menggalakkan pembiakan bakteria baik di dalam usus bayi & oleh itu, menghalang pembiakam bakteria berbahaya.

  • Laktoferin

Mengikat zat besi di dalam susu ibu supaya ia tidak boleh diambil oleh bakteria berbahaya.

  • Protein Pengikat B12

Menyebabkan bakteria tidak dapat memperoleh vitamin B12.

  • Lactoperoxidase

Membunuh bakteria berbahaya.

  • Faktor Anti-Stafilokokus
Menghalang pembiakan bakteria Stafilokokus.

  • Sel-Sel Fagosit

Menelan bakteria.

  • Sel-Sel Limfosit & Makrofaj

Merembeskan antibodi yang memberi imuniti kepada penyakit2 tertentu.

  • Lisozim

Membantu menghalang jangkitan.

  • Interferon

Mencegah pembiakan bakteria.

  • Faktor Pembiakan Epidermal

Membantu memastikan lapisan usus bayi dalam keadaan baik dengan menjadi penghalang untuk menghentikan bahan2 berbahaya daripada memasuki aliran darah.

(Sumber: Alexander L. and Yeong, B.Y. (1990), Feed Your Child Right: The First Nutrition Guide for Asian Parents. Times Books International, Singapore)



Iklan!!!
SET ASAS IBU MENYUSU
(RP: RM288.75)
Vita Lea Iron Formula
Sustained Release Vita C Plus
Alfalfa Complex (S)
B Complex



Puan Suhaida Salim
SID : 972248
Contact Info : 013-9841712
FB : Suhaida Salim
FB Page : Suhaida Supplement Shop

Sunday 11 January 2015

Kisah Sarung Kaki Naufal

Assalamualaikum & Selamat Tengahari Semua!

Pelik x tgk taju entry kali ni? "Kisah Sarung Kaki Naufal"...hehe... Arini rasa nak cerita pasal Naufal & Sarung Kakinya.

Tengok dengan teliti gambar rajah di bawah...hehe

Itu adalah kaki Naufal yang tembam. Tapi fokus kat sarung kaki dia tu. Dah nak tercabut. Padahal sarung tu xlonggar pun. Nampak x betapa lasaknya dia...hehe...

Sebenarnya bukan pertama kali jadi mcm ni, dah berkali2. Yelah, dah besar kan Naufal ni. Dah banya pergerakan dia dah pandai buat termasuk gesel2 kaki kat toto sampai tertanggal booties...hehe... Pasni kena pki stokin la. Say 'Good Bye' kpd sarung kaki...hehe...

Actually Naufal ada 3 pasang stokin tp pki time g jalan je. Tapi klu mcm ni lah gayanya, mmg kena beli lg tuk stok kat umah. Sarung kaki simpan. Sarung tangan lama dah menyimpan...;-)
Ingatkan nak beli stokin tuk kat rumah n beli mcm gmbr kat bawah ni tuk jalan2.

Lawakan?! Ni pemberian kawan masa dia dtg melawat mse dlm pantang. Disebabkan Naufal ni kecil molek dulu, xleh pki. Ni dah tembam kakinya, bolehlah pakai. Tq Cikgu Atie!

So, dlm budget bulan ni kena masukkan STOKIN untuk Naufal. Aritu beli 3 pasang RM10. So boleh la beli lagi 6 pasang.

Sekian sahaja cerita pasal Sarung Kaki Naufal. Arini mood nak cerita tentang itu, tu yang meroyan xtentu psl...hehe



Puan Suhaida Salim
SID: 972248
Contact Info: 013-9841712
FB: Suhaida Salim
FB Page: Suhaida Supplement Shop


Saturday 10 January 2015

Membuat Persediaan Anda untuk Penyusuan Bayi

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera Semua!

Apabila tarikh kelahiran semakin dekat, anda pastu tidak sabar untuk memangku bayi anda (macam Sue la)...hehe... Seperti ibu-ibu hamil lain, mungkin merasa resah & ragu terhadap kebolehan anda untuk menyusukan bayi. Berikut ialah beberapa tips untuk membantu meredakan keraguan & kemusykilan anda.



BERSIKAP POSITIF
  • Percayalah pada tubuh anda! Sepanjang kehamilan, tubuh anda telah membekalkan khasiat untuk bayi anda. Oleh itu, percayalah bahawa selepas kelahiran, tubuh anda akan berjaya meneruskannya.
FAHAMI PAYUDARA ANDA
  • Semasa kehamilan, payudara anda akan terasa kurang selesa atau sakit. Jangan risau, ini adalah biasa & menunjukkan bahawa payudara anda sedang bersiap sedia untuk menyusukan bayi.
  • Apabila bersenam atau bersukan, pakailah coli yang boleh menampung dengan baik.
  • Jika puting anda rata atau terbalik, anda patut berbincang dengan doktor atau jururawat laktasi tentang cara untuk melekapkan bayi dengan betul semasa penyusuan.

*Pesanan untuk Ahli Keluarga
Penyusuan susu ibu bukanlah hanya satu cara untuk memberi bayi makan, ia adalah satu gaya hidup. Bapa, pasangan, datuk & nenek serta ahli keluarga yang lain juga boleh terlibat! Berikut ialah beberapa cara yang mereka boleh bantu untuk menyokong ibu yang menyusukan bayi.
  1. Beri sokongan & galakkan kepada ibu atas kesungguhannya untuk menyusukan bayi.
  2. Beri sokongan emosi apabila ibu ingin berbincang mengenai kerisauannya.
  3. Galakkan ibu untuk menjaga kesihatan dirinya dengan mendapat cukup rehat antara masa penyusuan & mengambil hidangan berkhasiat dengan tetap.
  4. Membantu membuat kerja-kerja rumah agar ibu dapat menumpukan sepenuh masa & tenaganya untuk menyusukan bayi.
  5. Membatu menukar lampin & memandikan bayi.
  6. Berikan sokongan emosi kepada bayi dengan memeluk & bermain dengannya.


Puan Suhaida Salim
SID: 972248
Contact Info: 013-9841712
FB: Suhaida Salim
FB Page: Suhaida Supplement Shop