Monday 9 March 2015

Darah Tinggi & Shaklee

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.

DARAH TINGGI
Darah tinggi ialah apabila tekanan darah ke atas dinding arteri berlebihan. Tekanan darah tinggi yang tidak terkawal boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan termasuk masalah jantung dan strok.

Image result for DARAH TINGGI
Ihsan: Google Images

PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN TEKANAN DARAH TINGGI

  1. Peringkat Pertama: Darah Yang Pekat dan Gelap.
  2. Peringkat Ke-2: Kerap Rasa Letih dan Mengantuk.
  3. Peringkat Ke-3: Lemah Tenaga Batin atau Mati Pucuk. Persembahan Tidak Tahan Lama.
  4. Peringkat Ke-4: Kerap Sakit Kelapa atau Migrain.
  5. Peringkat Ke-5: Penglihatan Menjadi Semakin Kabur.
  6. Peringkat Ke-6: Masalah Buah Pinggang, Pengerasan Saluran Darah, Fungsi Hati Merosot dan lain-lain Penyakit Sekunder.
  7. Peringkat Ke-7: Strok & Serangan Sakit Jantung.

SET CADANGAN SHAKLEE: SET DARAH TINGGI

Image result for vita e shaklee
Vita E Complex
Kategori antioksidan seterusnya selepas Vitamin C, mencegah kolesterol mengeras dalam arteri, dan mencairkan darah. Jadi, walaupun arteri sempit, darah masih boleh mengalir.

Image result for omegaguard shaklee
OmegaGuard
Pecahkan kolesterol, maka ia bertindak di punca masalah.

Image result for lecithin shaklee
Lecithin
Pecahkan lemak, antara punca masalah penyempitan arteri.

Image result for alfalfa shaklee
Alfalfa Complex
Untuk kes kencing manis dan darah tinggi, Alfalfa yang amat tinggi kandungan fiber, sangat penting kerana ia bertindak sebagai penapis darah dari segala yang merbahaya seperti kolesterol, lemak, gula, racun, angin, dll.

Image result for phytocol st shaklee
Phytocol ST
Mencegah kolesterol baru dari melepasi dinding perut dan masuk ke dalam darah bersih. Kesan dirasa agak segera.

Image result for COQ HEALTH shaklee
CoQHealth
Menguatkan sel-sel 4 organ penting yang sentiasa bekerja kuat dalam badan kita iaitu jantung, hati, buah pinggang dan pankreas.

Image result for vivix shaklee
Vivix
Serangan radikal bebas punca kepada lebih kurang 50 penyakit, bererti kebanyakan penyakit mampu dicegah dan dirawat dengan Vivix.





Dapatkan daripada saya


Wednesday 18 February 2015

Masalah Payudara

Assalamualaikum & Selamat Petang Semua!

Dah lama rasanya Sue xshare tentang ilmu penyusuan. Yelah, Naufal dah semakin besar, dia dah pandai kawal sendiri waktu & kuantiti susu yang dia perlukan. So, kurang sikitlah rasa risau Sue samada Naufal kenyang ke x.

Bulan depan (3/3/15) Naufal genap 6 bulan & bermulalah fasa makanan pertama Naufal. Alhamdulillah, Insyallah pada tarikh itu juga genap 6 bulan Sue susukan Naufal 100% breastmilk.

Okay, entry kalini Sue nak share tentang MASALAH PAYUDARA yang mungkin hmpir 80% ibu2 di luar sana menghadapinya. Apakah masalah payudara yang Sue maksudkan? Jom ikuti penulisan kali ini.


  • "Apa patut saya lakukan jika puting saya leper atau tenggelam?"

Bermula daripada penyusuan kali pertama, galakkan bayi untuk memasukkan sebahagian besar mulutnya ke dalam payudara. Tarik keluar puting anda sebelum mula menyusukan bayi dengan meransangnya, menarik aerola atau menggunakan pengepam payudara.

  • "Payudara saya bengkak, keras & ia menyakitkan saya. Apa yang berlaku?"

Payudara bengkak memang perkara yang biasa berlaku 2 hingga 4 hari selepas bersalin. Ini menandakan susu tidak mengalir keluar dengan betul.

Bagi mengatasi masalah ini, susukan bayi secara kerap & gunakan jaram panas atau suam ke atas payudara anda. Jika payudara masih rasa keras, perah sedikit susu sebelum & selepas menyusukan bayi. Namun begitu, usah bazirkan susu ini; simpanlah untuk diberikan kepada bayi dalam tempoh 24 hingga 48 jam.

  • "Puting saya pedih"

Puting rasa pedih mungkin disebabkan oleh posisi penyusuan yang tidak betul, jangkitan kandida, penggunaan pengepam payudara yang tidak betul & sebagainya. Untuk mendapat kepastian, bertanyalah kepada doktor.

Pada penyusuan yang berikutnya, pastikan posisi yang betul & pastikan bayi menghisap puting & aerola dengan betul. Mulakan penyusuan pada puting yang kurang rasa pedih.

Pakai pakaian yang longgar untuk memberi ruang kepada puting terdedah kepada udara & melegakan rasa pedih. Tukar pelapik coli secara kerap & gunakan pelindung puting untuk mengelak puting daripada bergesel dengan pakaian.

Oleh kerana puting anda terlalu sensitif pada waktu ini, elakkan daripada menggunakan sabun, krim atau losen ke atas puting. Sebaliknya, sapukan sedikit perahan susu ke atas puting untuk membantu menyembuhkannya.

  • "Saya rasa saya mengalami mastitis"

Mastitis berlaku apabila salur susu tersumbat menjadi jangkitan & menyebabkan simptom-simptom seperti selsema. Segeralah berjumpa doktor. Jika tidak dirawat, mastitis boleh menjadi abses yang memerlukan pembedahan.

Jangan berhenti menyusukan bayi. Sebaliknya, teruskan penyusuan selagi mastitis tidak berterusan selama 3 haribatau lebih. Malah, anda perlu lebih kerap menyusukan bayi. Pastikan posisi penyusuan yang betul & cara 'melepaskan' bayi dari payudara. Jika inflamasi mengeluarkan nanah, susukan bayi pada payudara sebelah.

  • "Terdapat ketulan kecil, keras & sakit pada payudara. Ada yang tidak kena?"

Ini bermakna salah satu salur susu anda tersumbat. Apa yang boleh anda lakukan ialah mengurut perlahan-lahan ketulan tersebut ke bawah mengarah ke puting sebelum & ketika penyusuan. Letakkan tuala lembab, hangat ke kawasan tersebut sebelum menyusukan bayi. Jika anda memerah susu, elakkan dari menekan tisu-tisu payudara terlalu kuat. Juga pastikan anda tidak memakai coli yang terlalu ketat.




Sunday 15 February 2015

Pentingnya Kalsium Buat Ibu Hamil

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera Semua!

Entry kali ni Sue khaskan buat ibu2 hamil & bakal2 ibu. Sue terpanggil untuk kongsikan ilmu ini sebab Sue pun pernah pregnant...:-)


[√] Penting ke sumber kalsium ni buat ibu hamil?

[√] Selain susu, dari mana lagi nak dapatkan kalsium sebab xleh telan susu la sepanjang pregnant ni?

[√] Apa jadi kalau kurang kalsium buat ibu hamil?

Inilah antara soalan2 yang mungkin akan ditanya bila dikaitkan ibu hamil dengan kalsium. Sebut kalsium terus terbayang susu pdhl sumber kalsium bukan ad pada susu sahaja. Jom ikuti penulisan ini.


Pengambilan kalsium cukup penting untuk wanita hamil. Kalsium diketahui penting untuk perkembangan tulang dan gigi yang kuat, jantung yang sihat dan penting untuk perkembangan otot dan saraf bayi. Sumber mineral ini juga membantu agar jantung berdenyut secara normal dan berfungsi membantu dalam keupayaan pembekuan darah.

Beberapa perkara yang anda perlu tahu tentang kalsium ini.

  • Kesan kekurangan Kalsium
Kekurangan kalsium sewaktu hamil boleh menyebabkan bayi menyerap kalsium dari tulang ibu. Ini sebenarnya akan menjejaskan tahap kesihatan ibu hamil pada masa hadapan (berisiko osteoporosis).

  • Keperluan Kalsium Minimum bagi Wanita
Wanita berusia 18 tahun ke atas memerlukan sekurang-kurangnya 1000 mg kalsium sehari (sebelum, semasa dan selepas bersalin). Wanita berusia 18 tahun ke bawah memerlukan sekurang-kurangnya 1300 mg sehari.

Ramai wanita hamil tidak mengambil jumlah kalsium yang mencukupi di sepanjang kehamilan mereka. Perlu diingat, wanita hamil memerlukan sekurang-kurangnya 4 kali hidangan produk tenusu atau pengambilan makanan yang kaya dengan kalsium pada setiap hari.

Pengambilan kalsium perlu diteruskan sehinggalah bayi dilahirkan, semasa tempoh penyusuan dan sehinggalah bayi berhenti menyusu. Mineral ini amat diperlukan oleh tubuh bagi membantu menguatkan tulang dan mencegah dari hakisan tulang (osteoporosis) pada masa akan datang.
Bagi mendapatkan sumber kalsium yang baik, ibu hamil boleh mencuba pengambilan susu dan lain-lain produk tenusu misalnya bijiran yang diperkaya dgn sumber kalsium, soya, yogurt, keju dan lain-lain.





Friday 13 February 2015

Body Perfector Set

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera!

BODY PERFECTOR SET
"Untuk tubuh yang sihat & langsing"/"To a healthier & shapely body"

√ Adakah anda makan makanan yang sihat setiap hari?
√ Adakah anda makan secara tidak teratur?
√ Adakah anda gemar memakan makanan ringan?
√ Adakah anda sukar untuk mengambil makanan yang berkhasiat kerana sentiasa sibuk?

Jadi, SET SHAKLEE BODY PERFECTOR adalah jawapannya! Ia merupakan cara mudah untuk mengekalkan berat badan ideal di samping rasanya yang lazat.


Cinch Shake Mix
[√] Cafe Latte Shake Mix
[√] Vanilla Shake Mix
[√] Chocolate Shake Mix

Kebaikan Set Body Perfector ialah
  • Makanan segera untuk mereka yang aktif.
  • Tinggi kandungan serat, memberi rasa puas & kenyang.
  • Mengandungi nutrisi yang lengkap untuk memelihara keseluruhan kesihatan.







Thursday 12 February 2015

Family Wellness Set (Set Seisi Keluarga)

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera

Family Wellness Set
"All the basic supplements for a healthy start" / "Supplemen asas untuk permulaan yang sihat"

Set Shaklee Family Wellness memberikan nutrien yang berkhasiat untuk anda sekeluarga supaya kekal sihat & bertenaga.

Set ini terdiri daripada
  • Vita Lea® Iron Formula
  • B Complex
  • Sustained Release Vita C™ 500mg
  • ESP Soy Protein Isolate Powder


Kebaikan / kelebihan set ini ialah
  • Membantu mempertingkatkan kesihatan secara menyeluruh.
  • Membantu anda berasa lebih bertenaga.
  • Menguatkan sistem imun anda.
  • Membekalkan khasiat untuk kulit, rambut, kuku, tulang & otot yang sihat.



Wednesday 11 February 2015

Kenapa Kita Perlu Mengambil Supplemen

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera Semua!

Pada entry kali ni Sue nak bagitau kenapa kita perlu ambil supplemen ni. Orang dulu2 xde ambik supplemen pun boleh sihat. Orang sekarang asyik sakit je. Kalau pergi hospital tu especially kerajaan, fuuh! So crowded. Ada yang muda, yang tua, kanak2 & bayi pun ada. So, Sue akan share KENAPA KITA PERLU MENGAMBIL SUPPLEMEN.


  • Kita sering terdedah terhadap pencemaran alam sekitar.

Contoh: Pencemaran air, udara & bunyi


  • Badan kita memerlukan dos yang lebih tinggi bagi sesetengah nutrien.



  • Buah-buahan & sayur-sayuran mungkin terjejas atau tercemar.

Contoh: Penggunaan bahan kimia seperti baja kimia dalam penanaman.


  • Mengamalkan gaya hidup tidak sihat.

Contoh: Makan tanpa mengikut piramid makanan & kurang bersenam.


  • Kebanyakan rakyat Malaysia makan mengikut selera rasa.

Contoh: Nak makan yang sedap je. Kalau sedap, confirmlah banyak guna garam & penambah perasa.


  • Gangguan penyerapan nutrisi daripada makanan

Contoh: Pengambilan kafein secara berlebihan boleh menganggu penyerapan nutrien makanan.


  • Kehilangan nutrien dalam makanan

Contoh: Masak terlalu lama & penggunaan penambah perasa secara berlebihan.

So,sekarang dah sedar ke belum yang kita ni memang perlu ambil supplemen. Nak ambik supplemen ni bukan tunggu dah sakit tapi sebelum sakit.

Ubat untuk mengubati penyakit tapi supplemen untuk mencegah penyakit. So mana 1 pilihan korang.
MENGUBATI atau MENCEGAH?




Promo Februari 2015

Assalamualaikum & Selamat Pagi Semua!

Sue harap hari Rabu (11/2/2015) adalah hari yang bahagia buat kita semua. Aaminn

Aduh, dah 11 haribulan baru nak update update Promo Februari Shaklee...hehe... Maaflah ye. Sue buat mana yang sempat je. Maklumlah ada anak kecil. Xmenang tangan dibuatnya...hehe

Okay, sekarang Sue nak share PROMO GEMPAK SHAKLEE bulan ni (Februari 2015). Kalau korang nak tahu, bulan ni ada 4 vitamin yang tengah promo. Gempakkan?

[√] VITA LEA IRON FORMULA
[√] OSTEMATRIX
[√] ADVANCED JOINT HEALTH TABLET
[√] VITA LEA FOR CHILDREN


Untuk promo bulan ni, ada vitamin yang BUY 6 FREE 1 & ada juga yang BUY 3 FREE 1

Tapi xdelah suruh korang beli 6 or 3. Nak beli 1 pun boleh. Walaupun beli 1, tetap dapat harga promo. Nak tahu harga promo, kenalah contact Sue ye.



Friday 23 January 2015

SET KURUS ASAS

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera Semua!


BAKAR
Lemak perlu dibakar terlebih dahulu di dalam badan. Lecitin dan Omega adalah berfungsi untuk membakar lemak. Perbezaan lecithin dengan Omega, lecithin shaklee adalah berasaskan soya manakala Omega berasaskan minyak ikan. Dari segi kadar pembakaran, omega lagi kuat untuk membakar lemak-lemak.
BUANG
Setelah lemak dibakar, lemak tersebut perlu diangkut daripada organ-organ tubuh badan dan dikumuhkan. Maka alfalfa dan Herbalax diperlukan untuk mengangkut badan toksin ini. Alfalfa adalah untuk angkut toksin dari seluruh badan manakala herbalax adalah berfungsi untuk detox di perut dan usus.




SET KECANTIKAN SHAKLEE V.1

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera Semua!

Harini Sue nak cerita ttg SET KECANTIKAN SHAKLEE version 1. Kenapa version 1? Sebab sebenarnya ada beberapa lagi set kombinasi untuk SET KECANTIKAN ini. Version 1 ni ada VITA E COMPLEX, SUSTAINED RELEASE VITA C & B COMPLEX.


Peranan Vitamin E dalam kecantikan kulit
  • Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
  • Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
  • Menjaga kelembapan kulit
  • Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel
Peranan Vitamin C dalam kecantikan kulit
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
  • Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
  • Mencerahkan kulit
Peranan Vitamin B Complex dalam kecantikan kulit
  • Sebagai pelembap
  • Mencegah pigmentasi
  • Melambatkan tanda penuaan
  • Mengubati jerawat
Kombinasi Vitamin E, B Complex dan Vitamin C menghasilkan
  • Mengurangkan kedutan dan pembentukan garis-garis halus
  • Mencegah penuaan
  • Menjadikan kulit lebih kenyal
  • Mencerahkan kulit
  • Menjaga kulit dari sinaran UV
  • Mengurangkan parut jerawat
  • Menjadikan wajah bersinar dan bermaya
  • Menjadikan kulit wajah lebih cerah dan kemerahan
  • Menjadikan wajah lebih berseri


Sunday 18 January 2015

Perkembangan Bayi 1 Bulan

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera Semua!

Pada 3/10/14 Naufal 1 bulan. Punyalah happy sebab dapat tengok Naufal membesar. So kenalah bawa dia ke klinik untuk cucuk. Masa 1 bulan, Naufal cucuk kat Jengka, Klinik Desa Jengka 7. 


Masa Naufal sebulan, terfikir2 juga apa perkembgan yang sepatutnya dah berlaku pada Naufal. Yelah, dah sebulan kan. Mestilah ada perkembangan. Dan Alhamdulillah perkembangan Naufal baik sahaja mengikut umurnya. 


Jom explore apa perkembangan bayi pada usia 1 bulan.



Bayi anda menegakkan kepalanya

Sekarang, otot leher bayi anda semakin kuat sehingga membolehkan dia menegakkan kepalanya untuk masa-masa yang singkat. Dia juga boleh mengangkatkan kepala untuk beberapa saat apabila meniarap dan mungkin boleh menoleh dari sisi ke sisi. Dia mungkin juga boleh menegakkan kepala semasa berada dalam kerusi bayi di dalam kereta atau semasa dibawa berjalan dengan alat pembawa bayi, pada bahagian hadapan maupun belakang.

Dia boleh melakukan semua ini terutama sekali jika mendapat banyak galakan dari anda dan anda ada menyediakan tempat baginya merehatkan lehernya yang direka khas untuk membantunya bagi tujuan ini.

Meneroka tangan dan kaki

Semasa kelahiran, bayi anda tidak memahami yang lengan dan kakinya adalah sebahagian daripada tubuh badannya. Sekarang perubahan akan berlaku apabila bayi mula meneroka badannya. Bahagian yang mula dijumpainya ialah tangan dan kakinya. Anda boleh menggalakkan sifat ingin tahu bayi anda dengan mengangkatkan tangannya tinggi atas kepalanya dan menanyakan dia ‘Besar manakah bayi ini?’ atau dengan mengulangkan puisi berima dan membilang-bilang jari kakinya.

Belajar menenangkan diri

Bayi amat gemar menghisap. Mereka perlu menghisap. Sebenarnya, anda akan mendapati bahawa puting berkesan untuk membantu bayi menenangkan dirinya sendiri. Sekiranya tak ada puting, bayi mungkin mendapatkan ibu jari atau jari-jari lain untuk dihisap.

Lihat siapa yang bercakap pelat sekarang

Bayi anda yang berumur satu bulan mungkin sudah boleh membuat bunyi berdeguk, bunyi-bunyi manja, berdengus dan berlagu untuk melahirkan perasaannya. Pastikan anda juga membuat bunyi-bunyian manja dan berdeguk bersama-sama, sambil bercakap berhadapan dengannya. Setengah bayi juga sudah mula ketawa berdekah-dekah seawal ini.

Walaupun anda sedang membuat kerja, dia tetap gembira mendengar suara anda dari seberang bilik. Dia akan merenong muka anda lebih lama sekarang.

Walaupun bayi anda sudah boleh mengecam muka anda dari usia beberapa hari lagi, pada penghujung bulan pertama ini dia mungkin akan dapat menunjukkan kebolehan ini. Sebanyak separuh daripada bayi pada usia ini mula menunjukkan kebolehan mengenali ibubapa mereka secara jelas: mereka menunjukkan reaksi yang berlainan kepada mak and ayah daripada orang yang tidak dikenali. Bayi anda akan berhenti menangis dan terus bertentang mata dengan anda; setengah bayi di usia ini sudah mula senyum apabila mereka melihat ibubapa mereka.

Bayi mendengar dan sukakan musik

Memandangkan bayi anda berjaga untuk masa yang lebih panjang di siang hari, anda boleh menggunakan masa-masa ini untuk merangsang perkembangan derianya. Cuba nyanyikan puisi beritma atau mainkan musik untuknya. Bunyi loceng angin atau detikan jam juga akan menghiburkan bayi. Lebih bervariasi hidangan anda, lebih kaya akan impaknya.

Dengan tidak disengajakan, anda akan memerhatikan anak anda menunjukkan keseronokan yang lebih terhadap satu seleksi berbanding yang lain sebaik sahaja dia memperoleh kemahiran untuk membezakan kegemarannya.

Mata boleh mengesan pergerakan objek sekarang

Apabila sudah pandai berfokus dengan kedua-dua belah mata, bayi anda sudah boleh mengikuti objek yang bergerak, iaitu satu perkara yang dia sudah melakukan untuk masa-masa yang singkat dari kelahiran lagi. Kelentong biasa yang digerakkan di depan mukanya akan selalu memegunkannya. Atau anda boleh bermain mata-ke-mata dengan menghampirinya dengan dekat dan mengerakkan kepala anda dari sisi ke sisi; selalunya pandangan matanya akan tetap tertumpu kepada mata anda.

Kedai penuh dengan mainan khusus untuk perkembangan bayi, namun begitu anda juga akan berjaya dengan hanya menggunakan objek harian yang terdapat di rumah. Lalukan keranjang berkilat atau senduk plastik yang berwarna terang dari sisi ke sisi di depannya. Kemudian lalukannya dari atas ke bawah. Ini harus menarik perhatian bayi anda, walaupun dia belum lagi boleh mengikuti pergerakan dari atas ke bawah dengan baik untuk tiga bulan lagi.

Adakah bayi saya berkembang secara normal?

Harus diingat bahawa setiap bayi adalah unik dan akan mencapai peringkat-peringkat pencapaian kognitifnya mengikut masa dan jadual mereka tersendiri. Ini semua hanya merupakan garis panduan am mengenai potensi yang boleh dicapai oleh bayi anda -- jika bukan sekarang, mungkin tidak lama lagi.

Dan sekiranya bayi anda dilahirkan pramatang, anda mungkin mendapati bahawa dia memerlukan masa yang lebih lama untuk melakukan sesuatu yang telah dapat dilakukan oleh bayi sama usia dengannya. Sebab itu, anda harus mengukur bayi anda berdasarkan usia yang telah diubahsuai, bukan usianya mengikut kronologi. Jangan bimbang. Kebanyakan doktor menilai perkembangan bayi pramatang berpandukan tarikh dia sepatutnya dilahirkan dan menilai tahap pencapaian kemahirannya dari tarikh itu.




Iklan!!!
SET BERPANTANG SHAKLEE
RP: RM418.75
ESP
Vita Lea Iron Formula
B Complex
SR Vita C Plus
Zinc Complex