Wednesday 30 April 2014

MITOS VS FAKTA MENGENAI PENYUSUAN SUSU IBU


Bacaan semangat buat ibu menyusu...pelbagai perkara yang seringkali dimomokkan kepada ibu tentang penyusuan..Mari semua..bersihkan minda dari mitos ini..

Mitos 1 : Payudara ibu menyusu akan lebih cepat mengendur
Fakta : Payudara ibu mmg akan bertambah saiz sepanjang 9 bulan kehamilan kerana pembentukan kalenjar mamari untuk persediaan menghasilkan susu apabila bayi lahir kelak. Jika ibu tidak menyusukan bayinya selepas lahir, saiz payudara ibu akan menurun dgn cepat dan drastik manakala bagi ibu yang menyusukan, saiz payudara akan menurun secara perlahan-lahan.

Mitos 2 : Bayi asyik "melekat" dengan ibu
Fakta : Ibu adalah orang pertama yang bayi kenal. Apabila menyusukan secara eksklusif 10-12 kali sehari, mmg tidak dinafikan bayi akan rapat dengan ibunya. Tetapi jangka masa "melekat" dgn ibu sebenarnya amatlah singkat, mungkin 6 bulan, 2 tahun atau mungkin lebih sehingga 3/5 tahun. Bandingkan jangka hayatnya sehingga 70 tahun. 5 tahun daripada 70 tahun amatlah singkat! Malah sebenarnya bayi yang menyusu ibu lebih berdikari, lebih rasa selamat, kurang menangis dan lebih berkeyakinan kerana dia telah merasa puas didakap, dibelai dan dimanja sewaktu tempoh menyusu dengan ibunya.

Mitos 3 : Susu ibu tidak sesedap susu formula
Fakta : Sedap bukan ukuran kualiti makanan berkhasiat. Banyak makanan "sedap" mengundang masalah kesihatan ! Susu ibu mengandungi banyak nutrien. Kandungan gula dalam susu ibu 6.8g berbanding 4.8g dalam susu formula. Tetapi gula di dalam susu ibu adalah gula ringkas yang lebih mudah dicerna dan diserap oleh usus bayi berbanding gula kompleks yang terkandung dalam susu formula. Oleh itu, bayi mendapat nutrien mudah daripada susu ibu.

Mitos 4 : Susu formula mengandungi pelbagai nutrien
Fakta : Terpengaruh dengan iklan susu formula di media yang mewar-warkan "khasiat dan nutrien" yang terkandung di dalam susu formula, hakikatnya susu ibu mengandungi lebih 300 nutrien dan sebahagiannya belum dapat dikenalpasti oleh para saintis ! Malah susu ibu mengandungi antibodi, enzim & protein yang tidak mungkin dapat ditiru oleh mana-mana susu formula di dunia !

Mitos 5 : Payudara kecil, susu kurang
Fakta : Semua ibu secara semulajadinya boleh menghasilkan susu yang mencukupi untuk bayinya. Saiz payudara tidak mencerminkan saiz kalenjar mamari kerana mungkin saja saiz yang besar disebabkan kapasiti lemak yang tinggi !

Mitos 6 : Kolostrom adalah susu kotor, nanah daripada payudara
Fakta : Kolostrom berwarna kekuningan dan agak pekat, tidak menyerupai susu matang yang cair. Kolostrom hanya hadir pada 3/4 hari pertama hayat seorang bayi & hanya sekali itu sahaja dalam tempoh 6 bulan atau 2 tahun tempoh penyusuannya. Ia tidak akan berulang ! Kolostrom mengandungi antibodi yang melindungi sistem pencernaan bayi. Kolostrom adalah makanan pertama yang paling baik untuk bayi. Susu formula tidak dapat meniru kolostrom susu ibu. Kolostrom yang dijual di pasaran adalah ekstrak kolostrum susu lembu tetapi tidak sesuai untuk bayi.

Mitos 7 : Ibu menyusu tidak boleh minum/makan makanan sejuk, ibu menyusu perlu waspada pengambilan makanan
Fakta : Ibu menyusu (mallah semua orang sebenarnya) perlu menjaga pemakanan & mengamalkan pengambilan makanan yang sihat. Makan secara sederhana & mengikut keperluan badan. Bagi ibu menyusu yang gemarkan minuman berkafein (kopi), ibu boleh minum kopi sebaik sahaja selepas menyusu. Rasionalnya ialah kafein dalam kopi telah selesai dicernakan, dicairkan & dikumuhkan apabila tiba masa penyusuan seterusnya iaitu 2 jam kemudian. Oleh itu, kepekatan kafein dalam darah sudah menurun. Kaedah ini juga boleh dipraktikkan bagi ibu yang perlu mengambil ubat-ubatan tertentu.

Mitos 8 : Susu ibu terlalu cair (banyak air)
Fakta : Jika susu ibu yang diperah ke dalam botol diletakkan di atas meja seketika, kita akan dapat melihat susu ibu itu menjadi 3 lapisan iaitu warna keruh cair di lapisan paling bawah diikuti susu kekuningan di tengah dan susu pekat lemak berkrim di lapisan atas. Tetapi keadaan adalah sebaliknya bagi susu formula, lapisan cair paling atas manakala lapisan pekat di bawah (lemak berketumpatan tinggi). Bagi susu ibu, 80% kandungan adalah air. Susu ibu terdiri daripada susu awal (foremilk) untuk menghilangkan dahaga & akhir (hindmilk) untuk mengenyangkan bayi. Naluri semulajadi manusia minum kerana dahaga, maka itulah yang diberi oleh ibu terlebih dahulu kepada bayinya melalui susu awal (foremilk) yang mengandungi lebih air dan laktosa. Kemudian barulah susu akhir (hindmilk) yang pekat yang akan menyenyangkan !

Mitos 9 : Puting susu ibu perlu dicuci sebelum menyusukan bayi
Fakta : Puting payudara ibu bersifat antibakteria. Kajian yang dijalankan untuk melihat reaksi bayi pada sentuhan pertama kulit ke kulit (1 jam pertama selepas kelahiran) menunjukkan kecenderungan bayi untuk memilih puting susu ibu yang tidak dicuci berbanding puting susu ibu yang telah dicuci kerana bau semulajadi ibu lebih menarik bayi ! Bintil-bintil kecil disekeliling payudara mengandungi bahan pelincir (sebum) yang bersifat antibakteria. Mencuci payudara memadai dengan mandi seperti biasa 2 kali sehari, tidak perlu mencuci dengan sabun, bahan pencuci seperti Dettol dan sebagainya.

Mitos 10 : Penyusuan susu ibu mengambil nutrien daripada ibu. Ibu perlu makan lebih !
Fakta : Nutrien dalam susu ibu bergantung kepada nutrisi ibu. Oleh itu, ibu yang menyusu (dan sesiapa sahaja sebenarnya) perlu mengambil nutrisi seimbang untuk mengoptimumkan kesihatannya. Ibu boleh makan apa sahaja tetapi dalam kuantiti yang betul dan sentiasa awasi jika terdapat tanda-tanda alahan kepada bayi, maka ibu harus berwaspada dengan pengambilan makanannya. Risiko osteoporosis di kalangan ibu menyusu lebih rendah berbanding wanita yang tidak menyusukan bayi mereka !

Sumber Artikel:
Momchoice.com.my










Sunday 27 April 2014

CADANGAN SET KOMBINASI

Cadangan Set Kombinasi mengikut keperluan anda.












Produk - produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.





Friday 11 April 2014

Kebaikan Utama OSTEMATRIX

Manfaat Utama OSTEMATRIX


  • Menguatkan tulang

Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, konvulsi/kekejangan, gusi berdarah & meransang darah untuk memekat.
  • Memperbaiki kekejangan & kebas - kebas

Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi & artritis.
  • Meringankan stress

Ianya mengimbangi tekanan darah; memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf; menggalakkan tiur selesa; memperbaiki jantung berdebar; gementar, mimpi buruk & stres. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala & pitam.

  • Memperbaiki masalah haid

Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium & magnesium serentak meringankan sakit waktu haid & membantu membuang air kecil.

  • Pengalkalian tubuh

Kalsium adalah mineral alkalin, & ianya berkesan memastika imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti diwaktu umur tua. Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrien & meransang detoksifikasi.

  • Memperbaiki hiperaktiviti perut & sakit gastrik





Sunday 6 April 2014

1 Tablet OSTEMATRIX = ?

1 tablet OSTEMARIX = 1 gelas susu tinggi kalsium = 80 biji badam


KEPENTINGAN BUAH BADAM
  • Mengurangkan paras kolesterol, mengurangkan risiko darah tinggi & serangan jantung.
  • Menghalang obesiti (kegemukkan)
  • Membantu menghalang batu karang
  • Menghalang osteoporosis
  • Mengelakkan kecacatan pada bayi ketika hamil
  • Bagus untuk minda
  • Mengitar kolesterol
  • Bagus untuk jantung
  • Penjaga kulit
  • Mengawal tekanan darah
  • Mengelakkan sembelit
  • Menambah tenaga
  • Membantu mempercepatkan pertumbuhan haemoglobin darah
  • Sakit otot







Saturday 5 April 2014

Bagaimana memilih kalsium premium?

Bagaimana untuk memilih produk kalsium yang memenuhi keperluan kalsium oleh tubuh badan kita?
  • Pilih produk yang ada vitamin D dan Magnesium
  • Elakkan produk yang dibuat dari tulang dan dolomite untuk mengelakkan keracunan plumbum.
  • Elakkan mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin dalam proses penyerapan mineral.


Ostemarix Shaklee mengandungi:

Vitamin D : Dinamakan sebagai vitamin D pada 1916 bila didapati ia mampu merawat penyakit rickets. Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal. Vegetarian yang kurang terdedah paa matahari sewaktu musim panas, individu melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak perlu mengambil supplemen vitamin D.

Magnesium : Ini adalah ion positif no. 2 penting di dalam tubuh kita. Ianya menggalakkan komposisi tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus; menghalang endapan kalsium; melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.

Zinc, Boron, Manganes & Kumprum : Memelihara metabolism kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan menghalang artritis.






Thursday 3 April 2014

Promo APRIL '14 : OSTEMATRIX (Buy 6 free 1)

Grab the April's Special, OsteMatrix Buy 6 FREE 1 now!

Strong bones for a strong body. Our bone health supplement is specially formulated blends of the highest quality bone-building nutrients designed to increase calcium absorption and help build strong bones and teeth.


PERBEZAAN OSTEMATRIX SHAKLEE DENGAN JENAMA LAIN

Kalsium yang isinya paling seimbang memastikan kadar penyerapannya adalah 99%. Formulanya unik, dibuat daripada mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati, mengandungi KALSIUM, MAGNESIUM, FOSFORUS & VITAMIN D, ZINC, KUPRUM, MANGANES & BORON. Nutrien - nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral. Kajian telah membuktikan supplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan.