Sunday 15 February 2015

Pentingnya Kalsium Buat Ibu Hamil

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera Semua!

Entry kali ni Sue khaskan buat ibu2 hamil & bakal2 ibu. Sue terpanggil untuk kongsikan ilmu ini sebab Sue pun pernah pregnant...:-)


[√] Penting ke sumber kalsium ni buat ibu hamil?

[√] Selain susu, dari mana lagi nak dapatkan kalsium sebab xleh telan susu la sepanjang pregnant ni?

[√] Apa jadi kalau kurang kalsium buat ibu hamil?

Inilah antara soalan2 yang mungkin akan ditanya bila dikaitkan ibu hamil dengan kalsium. Sebut kalsium terus terbayang susu pdhl sumber kalsium bukan ad pada susu sahaja. Jom ikuti penulisan ini.


Pengambilan kalsium cukup penting untuk wanita hamil. Kalsium diketahui penting untuk perkembangan tulang dan gigi yang kuat, jantung yang sihat dan penting untuk perkembangan otot dan saraf bayi. Sumber mineral ini juga membantu agar jantung berdenyut secara normal dan berfungsi membantu dalam keupayaan pembekuan darah.

Beberapa perkara yang anda perlu tahu tentang kalsium ini.

  • Kesan kekurangan Kalsium
Kekurangan kalsium sewaktu hamil boleh menyebabkan bayi menyerap kalsium dari tulang ibu. Ini sebenarnya akan menjejaskan tahap kesihatan ibu hamil pada masa hadapan (berisiko osteoporosis).

  • Keperluan Kalsium Minimum bagi Wanita
Wanita berusia 18 tahun ke atas memerlukan sekurang-kurangnya 1000 mg kalsium sehari (sebelum, semasa dan selepas bersalin). Wanita berusia 18 tahun ke bawah memerlukan sekurang-kurangnya 1300 mg sehari.

Ramai wanita hamil tidak mengambil jumlah kalsium yang mencukupi di sepanjang kehamilan mereka. Perlu diingat, wanita hamil memerlukan sekurang-kurangnya 4 kali hidangan produk tenusu atau pengambilan makanan yang kaya dengan kalsium pada setiap hari.

Pengambilan kalsium perlu diteruskan sehinggalah bayi dilahirkan, semasa tempoh penyusuan dan sehinggalah bayi berhenti menyusu. Mineral ini amat diperlukan oleh tubuh bagi membantu menguatkan tulang dan mencegah dari hakisan tulang (osteoporosis) pada masa akan datang.
Bagi mendapatkan sumber kalsium yang baik, ibu hamil boleh mencuba pengambilan susu dan lain-lain produk tenusu misalnya bijiran yang diperkaya dgn sumber kalsium, soya, yogurt, keju dan lain-lain.





No comments:

Post a Comment