Wednesday 18 February 2015

Masalah Payudara

Assalamualaikum & Selamat Petang Semua!

Dah lama rasanya Sue xshare tentang ilmu penyusuan. Yelah, Naufal dah semakin besar, dia dah pandai kawal sendiri waktu & kuantiti susu yang dia perlukan. So, kurang sikitlah rasa risau Sue samada Naufal kenyang ke x.

Bulan depan (3/3/15) Naufal genap 6 bulan & bermulalah fasa makanan pertama Naufal. Alhamdulillah, Insyallah pada tarikh itu juga genap 6 bulan Sue susukan Naufal 100% breastmilk.

Okay, entry kalini Sue nak share tentang MASALAH PAYUDARA yang mungkin hmpir 80% ibu2 di luar sana menghadapinya. Apakah masalah payudara yang Sue maksudkan? Jom ikuti penulisan kali ini.


  • "Apa patut saya lakukan jika puting saya leper atau tenggelam?"

Bermula daripada penyusuan kali pertama, galakkan bayi untuk memasukkan sebahagian besar mulutnya ke dalam payudara. Tarik keluar puting anda sebelum mula menyusukan bayi dengan meransangnya, menarik aerola atau menggunakan pengepam payudara.

  • "Payudara saya bengkak, keras & ia menyakitkan saya. Apa yang berlaku?"

Payudara bengkak memang perkara yang biasa berlaku 2 hingga 4 hari selepas bersalin. Ini menandakan susu tidak mengalir keluar dengan betul.

Bagi mengatasi masalah ini, susukan bayi secara kerap & gunakan jaram panas atau suam ke atas payudara anda. Jika payudara masih rasa keras, perah sedikit susu sebelum & selepas menyusukan bayi. Namun begitu, usah bazirkan susu ini; simpanlah untuk diberikan kepada bayi dalam tempoh 24 hingga 48 jam.

  • "Puting saya pedih"

Puting rasa pedih mungkin disebabkan oleh posisi penyusuan yang tidak betul, jangkitan kandida, penggunaan pengepam payudara yang tidak betul & sebagainya. Untuk mendapat kepastian, bertanyalah kepada doktor.

Pada penyusuan yang berikutnya, pastikan posisi yang betul & pastikan bayi menghisap puting & aerola dengan betul. Mulakan penyusuan pada puting yang kurang rasa pedih.

Pakai pakaian yang longgar untuk memberi ruang kepada puting terdedah kepada udara & melegakan rasa pedih. Tukar pelapik coli secara kerap & gunakan pelindung puting untuk mengelak puting daripada bergesel dengan pakaian.

Oleh kerana puting anda terlalu sensitif pada waktu ini, elakkan daripada menggunakan sabun, krim atau losen ke atas puting. Sebaliknya, sapukan sedikit perahan susu ke atas puting untuk membantu menyembuhkannya.

  • "Saya rasa saya mengalami mastitis"

Mastitis berlaku apabila salur susu tersumbat menjadi jangkitan & menyebabkan simptom-simptom seperti selsema. Segeralah berjumpa doktor. Jika tidak dirawat, mastitis boleh menjadi abses yang memerlukan pembedahan.

Jangan berhenti menyusukan bayi. Sebaliknya, teruskan penyusuan selagi mastitis tidak berterusan selama 3 haribatau lebih. Malah, anda perlu lebih kerap menyusukan bayi. Pastikan posisi penyusuan yang betul & cara 'melepaskan' bayi dari payudara. Jika inflamasi mengeluarkan nanah, susukan bayi pada payudara sebelah.

  • "Terdapat ketulan kecil, keras & sakit pada payudara. Ada yang tidak kena?"

Ini bermakna salah satu salur susu anda tersumbat. Apa yang boleh anda lakukan ialah mengurut perlahan-lahan ketulan tersebut ke bawah mengarah ke puting sebelum & ketika penyusuan. Letakkan tuala lembab, hangat ke kawasan tersebut sebelum menyusukan bayi. Jika anda memerah susu, elakkan dari menekan tisu-tisu payudara terlalu kuat. Juga pastikan anda tidak memakai coli yang terlalu ketat.




No comments:

Post a Comment