Saturday 10 January 2015

Membuat Persediaan Anda untuk Penyusuan Bayi

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera Semua!

Apabila tarikh kelahiran semakin dekat, anda pastu tidak sabar untuk memangku bayi anda (macam Sue la)...hehe... Seperti ibu-ibu hamil lain, mungkin merasa resah & ragu terhadap kebolehan anda untuk menyusukan bayi. Berikut ialah beberapa tips untuk membantu meredakan keraguan & kemusykilan anda.



BERSIKAP POSITIF
  • Percayalah pada tubuh anda! Sepanjang kehamilan, tubuh anda telah membekalkan khasiat untuk bayi anda. Oleh itu, percayalah bahawa selepas kelahiran, tubuh anda akan berjaya meneruskannya.
FAHAMI PAYUDARA ANDA
  • Semasa kehamilan, payudara anda akan terasa kurang selesa atau sakit. Jangan risau, ini adalah biasa & menunjukkan bahawa payudara anda sedang bersiap sedia untuk menyusukan bayi.
  • Apabila bersenam atau bersukan, pakailah coli yang boleh menampung dengan baik.
  • Jika puting anda rata atau terbalik, anda patut berbincang dengan doktor atau jururawat laktasi tentang cara untuk melekapkan bayi dengan betul semasa penyusuan.

*Pesanan untuk Ahli Keluarga
Penyusuan susu ibu bukanlah hanya satu cara untuk memberi bayi makan, ia adalah satu gaya hidup. Bapa, pasangan, datuk & nenek serta ahli keluarga yang lain juga boleh terlibat! Berikut ialah beberapa cara yang mereka boleh bantu untuk menyokong ibu yang menyusukan bayi.
  1. Beri sokongan & galakkan kepada ibu atas kesungguhannya untuk menyusukan bayi.
  2. Beri sokongan emosi apabila ibu ingin berbincang mengenai kerisauannya.
  3. Galakkan ibu untuk menjaga kesihatan dirinya dengan mendapat cukup rehat antara masa penyusuan & mengambil hidangan berkhasiat dengan tetap.
  4. Membantu membuat kerja-kerja rumah agar ibu dapat menumpukan sepenuh masa & tenaganya untuk menyusukan bayi.
  5. Membatu menukar lampin & memandikan bayi.
  6. Berikan sokongan emosi kepada bayi dengan memeluk & bermain dengannya.


Puan Suhaida Salim
SID: 972248
Contact Info: 013-9841712
FB: Suhaida Salim
FB Page: Suhaida Supplement Shop

No comments:

Post a Comment