Tuesday 13 January 2015

Petua Panjang Usia

Assalamualaikum & Selamat Pagi Semua!

Kali ni Sue nak cerita macam mana nak dapat umur yang panjang. Insyallah, jika diizinkan Allah. Sebab hidup mati di tangan Dia. Tapi xsalah kita berusaha untuk kekalkan gaya hidup sihat supaya panjang umur. Bila umur panjang, bonus untuk lebih beribadah kepada Allah. Insyallah.


Usia yang panjang boleh didoa & diusahakan. Cuba fikirkan apakah penyebab kematian? Memanglah jawapannya takdir & ketentuan Allah, tetapi dalam masa yang sama manusia boleg berdoa untuk meminta dipanjangkan usia. Kalau diperhatikan penyebab utama kematian adalah kemalangan, pembunuhan (termasuk bunuh diri), penyakit kronik (termasuk jantung) & usia tua. Ini bermakna mati itu pada kebiasaannya bersebab. Oleh itu, jika kita meminta panjang umur tetapi dalam masa sama tidak mengamalkan gaya hidup sihat & sengaja mendedahkan diri pada aktiviti berisiko seperti memandu laju & cuai, maka kemungkinan doa kita untuk panjang umur tidak dimakbulkan oleh Allah kerana setiap doa itu perlu diiringi dengan usaha.

4 perkara yang utama & perlu diberikan perhatian jika mahu hidup lebih lama & bahagia.
  • Fikir Sebelum Makan
Ada orang kata makanan sayang mahu dibuang sebab itu adalah rezeki. Betul, tetapi mereka lupa kesihatan tubuh badan juga adalah rezeki. Kalau sudah tahu tidak mahu membazir, usah ambil makanan terlalu banyak. Kalau diberikan orang kepada kita, agih-agihkanlah pula kepada orang lain agar tidak membazir. Fikirkan juga samada apa yang dimakan itu berkhasiat atau tidak. Budaya terlalu banyak makan makanan yang berlemak, berminyak, bersantan & bergula hanya memudaratkan kesihatan sendiri.
  • Lakukan Senaman Secara Rutin
Seharian bekerja memang meletihkan. Namun penat bekerja yang tidak mengeluarkan peluh tidak sama dengan penat bersenam yang mengeluarkan peluh. Senaman yang dilakukan secara rutin memastikan badan dalam keadaan baik sehingga ke usia tua. Kalau sudah tidak larat untuk bersukan, cukuplah dengan berlari2 anak. Kalau berlari2 anak pun sudah tidak mampu maka usahakanlah berjalan laju beberapa kilometer sekurang2 nya 2 kali seminggu. Sedikit senaman yang dilakukan secara konsisten boleh mencegah tubuh badan daripada pelbagai masalah penyakit kesan daripada lebihan kalori & kolesterol.

Senaman yang berterusan juga menguatkan otot2 sendi & ini penting dalam proses pembakaran lemak. Mereka yang mengalami masalah berat badan biasanya malas bersenam. Sebaliknya mereka menjadi kuat makan & tidur. Gejala ini memburukkan lagi keadaan hingga membawa kepada pelbagai masalah penyakit serta keyakinan diri yang rendah.
  • Sentiasa Positif
Ada ketikanya berfikiran positif itu tidak menyelesaikan masalah yang ada tetapi tanggapan ini mengubah cara kita melihat masalah itu & ini secara tidak langsung mengurangkan tekanan emosi pada diri. Malah berfikiran positif juga ada ketikanya membolehkan kita memecah kebuntuan terhadap sesuatu masalah yang selama ini terasa begitu rumit. Apa yang menariknya, berfikiran positif mampu mendorong orang yang positif kepada kita untuk membantu menyelesaikan masalah. Mereka yang positif percaya setiap yang berlaku ada sebab2 nya & mereka belajar sesuatu daripadanya. Dari segi hubungan sosial, mereka yang positif sentiasa bersangka baik, berusaha memperbaiki hubungan, berlapang dada & suka memaafkan orang lain.
  • Menyerahkan Diri Sepenuhnya Kepada Allah
Mereka yang mencari bahagia, menyerahkan sepenuh jiwa raganya kepada Allah. Hidupnya untuk beribadah kepada Allah. Apa juga yang dilakukan diniatkan kerana Allah. Mereka ini menjaga ibadah wajib & menambah ibadah sunat. Mereka sentiasa mencari ruang untuk membuat kebajikan, pemurah, suka menolong orang & hatinya sentiasa mengingati Allah dalam apa jua keadaan & perbuatan. Mereka percaya tidak ada satu pun musibah yang boleh berlaku melainkan dengan izin Allah. Tahap keyakinan & tawakalnya terhadap qada' & qadar Allah cukup tinggi.



Iklan!!!
SET KESIHATAN OPTIMUM
(RP: RM235.00)
Vita Lea Iron Formula
Sustained Release Vita C Plus
B Complex


No comments:

Post a Comment