Sunday 4 January 2015

Faedah 'Breastfeeding' Kepada Ibu

Assalamualaikum & Selamat Pagi semua. Semoga hari ini lebih baik daripada semalam. Untuk jadikan harini lebih baik, jom tambah ilmu.

Harini saya nak share ilmu yang berkaitan dengan 'breastfeeding'. Disebabkan saya pun salah seorang ibu yg memilih untuk menyusukan anak dgn susu sy sendiri, so sy nk share dgn ibu2 lain apa yg sy tahu ttg penyusuan susu ibu walaupun sy bukanlah pakar laktasi...hehe...

Sebenarnya, breastfeeding ni bukan sahaja banyak faedah kepada bayi sahaja, malah terdapat faedah juga untuk kita sebagai ibu. Semenjak ada anak ni,naluri keibuan sy meningkat....hehe...


  • KEMBALI KEPADA BENTUK BADAN ASAL

Penyusuan susu ibu membantu anda membakar lemak yang tersimpan sewaktu hamil. Penurunan berat badan lebih berjaya jika ibu turut mengamalkan senaman yang betul.


  • MENGECUTKAN RAHIM

Penyusuan susu ibu akan merembeskan hormon-hormon yang bertindak ke atas uterus (rahim), menyebabkannya mengecut dan kembali kepada saiz asal dengan lebih cepat. Pengecutan ini juga menghalang pendarahan berlebihan selepas bersalin.


  • MELINDUNGI KESIHATAN

Penyusuan susu ibu melindungi ibu daripada penyakit barah payudara dan barah ovari dan mengurangkan kemungkinan mendapat osteoporosis dan penyakit jantung.


  • MENJARAKKAN KEHAMILAN

Penyusuan susu ibu melambatkan kedatangan haid dan ini boleh membantu ibu menjarakkan kehamilan secara semulajadi.


  • MUDAH

Penyusuan susu ibu selesa, boleh diberikan kepada bayi di mana-mana sahaja ibu berada, pada bila-bila masa dan adalah percuma!

Haa...banyakkan kelebihannya. Boleh kurus secara semulajadi, bantu mengecutkan rahim dgn selamat, dpt kesihatan yg baik, family planning & mudah!

So, jomlah kita sama2 usahakan untuk berikan anak kita susu ibu selama 2 tahun. Insyallah.



Puan Suhaida
SID:972248
Whatsapp/Telegram/SMS: 013-9841712


No comments:

Post a Comment