Sesetengah orang akan mengalami suatu jangkamasa penyesuaian apabila mula mengambil supplemen dietary. Simptom - simptom ini kelihatan seperti penyakit tetapi sebenarnya tidak. Ianya adalah tindak balas oleh tubuh kita kerana kekurangan khasiat disebabkan tabiat pemakanan kita. Apabila makanan berkhasiat dibekalkan dengan mengejut oleh supplemen, krisis pemulihan terjadi.
Sewaktu jangkamasa penyesuaian, ada kemungkinan penyakit - penyakit yang pernah dilalui tubuh dahulu akan timbul kembali. Biasanya ia akan terjadi untuk beberapa hari, walaubagaimanapun, tubuh yang lemah akan mengambil masa yang lebih lama untuk pulih.
Keadaan ini disebabkan oleh toksin yang telah tertimbun didalam tubuh kita untuk jangkamasa yang lama - sisa-sisa, makanan berkimia, lemak dan stress ditambah diet tidak seimbang, kurang tidur, antibiotik atau pengambilan ubat-ubatan. Supplemen dietary membantu mempertingkatkan sistem imun kita, kebolehan detoksifikasi serta pengawalan organ-organ kita.
Pada waktu detoksifikasi ini, ada kemungkinan pening, kelesuan, sakit kepala, ketidakhadaman (perut kembung, lapar), cirit-birit, kahak berlebihan, kencing yang keruh, berasa hangat, berpeluh dll. Simptom-simptom ini berbeza antara individu dan akan melalui 1 hingga 2 minggu.
Diwaktu jangkamasa krisis pemulihan ini, minumlah banyak air bersih, rehat secukupnya dan makanlah lebih sayuran dan buahan. Selagi mana kita memahami ini adalah simptom pemulihan, kita akan mudah melalui fasa ini.
No comments:
Post a Comment